Identiti jejaka kacak mesra bersama pelakon 14 tahun Qistina Raisah, akhirnya diketahui

5,130 views

Pelakon remaja yang baru berumur 14 tahun iaitu Qistina Raisah telah menjadi topik bualan orang ramai setelah ada satu gambar dan video bersama seorang jejaka yang dilihat jauh berumur darinya. 

Pelbagai komen kurnag baik dilemparkan kepada Qistina Raisah sehingga ada yang meminta pelakon remaja ini kembali ke jalan yang benar. 

Namun akhirnya identiti jejaka yang bersama dengan Qistina itu akhirnya diketahui ramai. 

Identiti jejaka berkenaan itu membuatkan ramai netizen terkedu dan malu dengan komen yang pernah ditulis oleh mereka. 

Ini kerana, jejaka berkenaan ialah tak lain tak bukan abang kandung Qistina Raisah sendiri yang menggunakan nama Henry. 

Qistina dan abang kandung bernama Henry

Qistina Raisah sendiri telah muatnaik satu video menerangkan hal berkenaan. 

“Saya ni bukannya marah dengan semua netizen tetapi saya ni marah netizen yang kurang bijak. Korang kalau nak jadi netizen dan beri komen ke tak kisah, tetapi kenalah jadi jenis yang bijak sikit.” 

“Kalau korang tengok di laman TikTok milik Henry tu, kalau tengok kat bawah-bawah tu dah nampak saya sambut raya dengan dia semua.” 

“Jika dah sambut raya bersama tu dah tentulah dia tu abang saya. Korang ni dah kenapa.” 

Qistina Raisah juga sempat memberi pesan kepada orang di luar sana agar memeriksa terlebih dulu sebelum menulis yang komen yang tak baik kepadanya. 

“Lain kali sebelum nak komen tu kenalah tengok dulu Instagram saya. Henry tu siapa, abang saya ke. Betul confident je cakap dia tu bukan abang saya.” 

“Janganlah nak jaga tepi kain orang lain dalam hidup tu boleh tak. Saya tengok ada yang umur lagi tua dari saya tapi otak tu macam tak betul, sakit hati saya.” 

Itulah penjelasan dari luahan hati dari Qistina Raisha tentang gambar mesranya dengan abang kandung yang disalah erti sesetengah pihak.