“Apa dia buat tu hal peribadi dia” Dini Schatzmann tak ambil peduli hal Janna Nick

5,759 views

Kisah tentang hubungan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann masih menjadi tanda tanya orang ramai. 

Baru-baru ini Janna Nick ada muatnaik gambar bersama seorang lelaki lain dikatakan untuk memperkenalkan lagu barunya. 

Lelaki berkenaan bukanlah Dini Schatzmann sebaliknya didakwa pelakon dalam muzik video lagu terbaru Janna Nick itu. 

Bercerita tentang luahan hati Janna Nick dan tindakannya membuat lagu baru, Dini Schatzmann terus ditanya mediatentang isu ini. 

Dini Azan Schatzmann, 28 tahun, dilihat tak mahu ambil pusing tentang apa yang ditulis atau diluahkan oleh Janna Nick. Apabila ditanya, Dini tak mahu menjawab dan berkata itu hak Janna Nick.  

“Apa perkara yang dibuat oleh Janna merupakan kehidupan peribadinya. Personal dia merupakan personal dia, dan personal saya merupakan personal saya. Saya harap awak semua faham.”  

“Mohon maaf sangat, buat masa sekarang, saya tak mahu cakap atau beri komen apa-apa tentang hal ini. Saya datang untuk event ini. Tak mahulah jawab hal peribadi.” 

Dini berkata sedemikian ketika hadir di majlis pelancaran Nestle’s Harvest Gourmet baru-baru ini. 

Selepas ditanya sama ada itu semua gimik dari Janna Nick untuk mempromosikan lagunya saja, Dini Schatzmann tak mahu menjawab dan meminta maaf lantas berlalu pergi dari pihak media. 

Itulah respon dari Dini Schatzmann tentang teka teki hubungannya dengan pelakon Janna Nick. 

Sebelum ini, Janna Nick telah luah rasa hati memberi hint bahawa hubungan dengan Dini Schatzmann telah pun berakhir. 

Malahan, Dini ada muatnaik foto berada di luar negara, dengan caption sayu, bagaikan mahu memulihkan diri atau sedang healing di oversea. 

Janna Nick kini tampil dengan lagu baru berjudul Mentari Setia yang sudah menerima 22 ribu views dalam masa 12 jam.