Dah selesaikan dengan Mimi, kata Syafiq Kyle

23,961 views

Sehingga kini masih ramai yang tertanya tanya tentang status hubungan di antara Syfiq Kyle dan juga Mimi Lana. 

Setelah mereka disahkan tak jadi bernikah pada bulan lalu, ramai yang masih lagi tertunggu pengumuman dari pasangan ini. 

Adakah mereka masih lagi bertunang, atau kini dah putus? Ramai yang masih lagi belum temui jawapannya. 

Para peminat sudah tentu sedikit lega apabila baru-baru ini Syafiq Kyle dan Mimi Lana di lihat ada berkomunikasi di media sosial. 

Mimi Lana ada memuji dan berbangga dengan Syafiq Kyle di atas pencapaianya menerusi naskah terbarunya. 

Akhirnya semalam, Syafiq telah menemui pihak media ketika sesi tayangan naskahnya itu iaitu Doh. 

Pihak media berkesempatan bertanya tentang kisahnya dengan Mimi Lana. 

Akur dengan pertanyaan media dan orang ramai, Syafiq Kyle memberi jawapan bahawa dia dah pun selesaikan isu pembatalan perkahwinan dengan Mimi Lana itu secara baik termasuklah antara keluarga kedua-dua belah pihak. 

Namun Syafiq mengatakan hal itu terlalu peribadi dan tak perlu dinyatakan kepada umum.  

“Saya ambil maklum akan hal ini, dan saya juga ambil pendekatan ini untuk hormati kedua-dua belah pihak.”  

“Kami berdua sudahpun menyelesaikan hal ini secara baik di antara kami, dan family.” 

“Bagi saya rasa hal ini tak perlulah nak diulas secara lebih lanjut dan harap tiada lagi sebarang follow up selepas ini, lagi pun ianya melibatkan banyak pihak. Itu sahaja jawapan dari pihak saya.” 

Tambahnya lagi, dia tahu bahawa para peminat sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bagi dan menghargainya.  

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang ambil berat tentang diri saya.”  

“Buat masa sekarang ni biarlah kami berdua ambil masa dan ruang masing-masing untuk fokus kepada family dan juga kerjaya.” 

Apabila ditanya soalan lanjut, Syafiq sudah tak mahu menjawab dan meminta media untuk bertanya soalan lain.  

“Minta maaf, dah boleh soalan lain.” 

Itulah sedikit kenyataan ringkas dari Syafiq Kyle, harapnya semuanya baik-baik saja dengan Mimi Lana.