Dah tak baik dengan Fazura, hubungan bermasalah, ini kenyataan dari Rizman Ruzaini

8,444 views

Fashion designer popular dan terkenal tanah air iaitu Rizman Ruzaini sebelum ini memamg rapat dengan pelakon Fazura.

Namun sejak akhir-akhir ini, ramai yang melihat hubungan mereka tak seperti dulu lagi.

Ini membuatkan ada ura-ura yang mendakwa bahawa Rizman Ruzaini dan Fazura sebenarnya mempunyai masalah dalam hubungan mereka, dah tak baik lagi.

Akhirnya tuan punya badan tampil memberi komen tentang dakwaan ini. Ini komen dari Rizman Ruzaini tentang hubungan dengan Fazura seperti yang dilaporkan Mstar.

“Dulu sebelum kami berkahwin dan tak ada Perintah Kawalan Pergerakan, memang selalu luang masa bersama. Kini semua sudah ada family dan ada komitmen masing-masing, dan kami pun sibuk dengan kerja.”

“Memang tak ada ada isu antara kami. Tiada istilah kami ni ada persengketaan. Cuma kekangan masa saja membuatkan kami dah jarang berjumpa.”

Melihatkan Fazura yang berjay dalam perniagaan tudung, kata Rizman dia dan rakannya Ruzaini amat gembira melihatnya.

“Fazura kini dah berjaya kembangkan sayap sebagai seorang usahawan. Kami berdua amat gembira melihat kejayaannya dan selalu saja mendoakan dia.”

Tentang cakap-cakap orang luar, Rizman Ruzaini tak mahu ambil peduli tentang mereka.

“Memang ada yang cakap sekarang ni hubungan kami tak baik, tetapi saya memang jarang baca komen dan tak ambil peduli sangat dengan komen sedemikian. Fokus kami sekarang adalah business.”

Itulah komen dari pihak Rizman Ruzaini tentang status hubungan dengan Fazura, isteri kepada Fattah Amin.

Kini Rizman Ruzaini telah mengeluarkan satu lagi koleksi tudung terbarunya menampilkan artis popular seperti pelakon terkenal Izara Aishah, penyanyi bersuara lunak Ziana Zain, pelakon dan pengacara Amyra Rosli, penyanyi meningkat naik, Aina Abdul dan pengacara terkenal Hawa Rizwana. sebagai wajah untuk jenama berkenaan.