Tahniah Syahmi Sazli timang anak kedua, dapat baby boy, sedap nama anaknya

1,480 views

Nama Syahmi Sazli memang bukan biasa-biasa. Kadangkala boleh dilabel sebagai amat luar biasa, sehingga artis dan selebriti pun boleh kalah popularity nya.

Bermula sebagai pembuat video pendek secara suka-suka, kini nama Syahmi Sazli dah amat kukuh dan bertambah gah apatah lagi dengan kejayaan dua filem arahan serta lakonannya iaitu Mael Totey dan 35mm.

Dari segi kisah peribadi, awal pagi tadi, Syahmi Sazli telah mendapat berita yang amat gembira. Ini apabila isterinya telah pun selamat melahirkan anak keduanya.

Isteri kepada Syahmi Sazli iaitu Anissa Faizul, melahirkan baby boy. Berita ini disahkan oleh Syahmi Sazli apabila muatnaik satu foto sekitar jam 5 pagi tadi.

Di ruangan caption, Syahmi Sazli mengumumkan nama anak kedua yang dipilih iaitu Khabib Umar.

“Selamat datang ke dunia ini wahai anak keduaku iaitu Khabib Umar.” Itu caption pendek dari Syahmi Sazli.

Sehingga kini masih tiada sebarang info lanjut tentang detail anak keduanya itu.

Menjenguk ke laman IG milik isterinya, ada beberapa lagi foto baby yang dimuatnaik oleh Anissa Faizul. Namun kedua mereka menagmbil keputusan untuk menutup sedikit wajah baby, hanya sipi saja.

Begitu banyak komen ucapan tahniah yang diterima oleh Syahmi Sazli di atas kelahiran baby boy ini.

“Syukur Alhamdulillah. Ribuan tahniah diucapkan buat Syahmi dan Nisa. Welcome baby boy. Semoga baby ini akan menjadi anak yang soleh dunia dan juga di akhirat. Amin.”

Untuk sedikit info, kejayaan Syahmi Sazli bermula menerusi beberapa video bersama sepupunya Asif dan juga rakannya bernama Yoe Parey.

Syahmi mula ke layar perak menerusi filem berjudul Syif Malam Raya arahan Razak Mohaideen. Kemudian baru Syahmi mengarahkan filem sendiri iaitu Mael Totey dan juga 35mm. Kesemua filem lakonan Syahmi menerima kutipan jutaan ringgit.

Pada tahun 2018, Syahmi Sazli akhiri zaman hujang dan bernikah dengan wanita bernama Anissa Faizul dan kini dah dikurniakan dua cahaya mata, Ainul Mardhiah, 3 tahun dan anak terbarunya Khabib Umar.