Daiyan Trisha mudah haus, cepat mengantuk

2,767 views

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha telah pun bebas dari jangkitan Covid. Sepanjang terkena jangkitan berkenaan, Daiyan berkata dia tak alami gejala yang memudaratkan seperti kehilangan deria rasa.

Akan tetapi, Daiyan memberitahu, hanya selepas dah pulih, dia mula ada rasa kesan dari jangkitan berkenaan.

Kini Daiyan mengatakan dirinya mudah rasa haus dan juga sering rasa mengantuk.

“Saya tak ada gejala yang teruk. Pada hari ketiga ada beberapa simptom saya alami. Kemudian hari keempat dan seterusnya ianya semakin pulih. Syukur saya tak ada hilang deria rasa. Yang ada sakit tekak dan pening.”

“Selepas saya dah bebas daripada covid, dan selesai kuarantin, ada kesan lain yang saya rasa. Antaranya saya cepat mengantuk dan cepat rasa haus. Ada yang cakap ianya ambil masa dua minggu untuk sembuh sepenuhnya.”

Jelas Daiyan Trisha, dia akui mengambil vaksin amat membantu dalam mengurangkan symptoms.

“Alhamdulillah memang vaksin amat membantu kurangkan symptom.”

Daiyan Trisha juga mengatakan, sekarang ini orang dah tak lagi bersikap skeptical dan lebih terbuka jika seseorang itu kena covid.

“Buat masa sekarang ni, memang tak ada yang bersikap skeptikal untuk dekati bekas pesakit Covid. Mungkin awal dulu-dulu ada la kerana masa tu baru lagi, belum ramai yang kena.”

“Sekarang ini, ramai kena, ahli keluarga, rakan baik sendiri pun dah kena. Oleh kini mungkin orang dah mula terima.”

Diimbas kembali, pada awal bulan Disember lepas, Daiyan Trisha mendedahkan dia telah sah positif covid. Kata dia mungkin dijangkiti covid melalui beberapa crew sebuah produksi drama.

Bermula sebagai penyanyi, Daiyan Trisha kini mula terkenal dengan sebagai pelakon. Antara lakonannya ialah bersama Aliff Aziz berjudul Sejuta Rasa Buat Adelia dan bersama Aedy Ashraf dalam drama Projek Anchor SPM.