“Sampai hati mak cakap macam tu” Aliff Syukri respon setelah kena sound dengan ibu

15,989 views

Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini mendedahkan dirinya dah masuk hospital setelah disahkan postifif covid stage 3.

Namun tak lama kemudian, ibunya Rozita Ibrahim tampil menulis satu kenyataan mengatakan anak lelakinya itu hanya nak viral saja.

Bonda Rozita mendedahkan anaknya itu sebenarnya dah sihat dan propa tunjuk bagaikan dirinya macam dah tenat sangat.

Kenyataan dari Bonda Rozita itu membuatkan Aliff Syukri rasa terkilan dengan ibunya itu. Ini respon balas dari Aliff Syukri.

Sampai hati mak cakap macam tu. Mak ni tak kesian ke dengan kita ni. Hati saya dah terluka.” Itu yang ditulis oleh Aliff Syukri.

Tak lama kemudian, Aliff menulis mengatakan ibunya itu tak faham keadaan dirinya. Aliff juga nafi dia hanya mahu buat gimik.

“Saya masuk hospital 4 hari yang lepas dan sekarang pun masih kat wad. Ini bukan sekadar gimik ya. Saya memang tak mahu beritahu sesiapa semasa saya sedang lemah. Saya pun pitam sebab dah terlalu sakit.”

“Apabila saya dah sedar dan semakin pulih, baru saya post video tu. Tapi ramai yang ingat saya ni demam biasa. Lagi mak saya tu, dia memang tak faham saya.”

Selain itu, Aliff Syukri juga muatnaik foto surat pengesahan yang mengesahkan dirinya memang dah kena covid19 stage 3.

Aliff juag menjawab, dia duduk di bilik yang cantik sebab dia masuk hospital swasta dan memilih bilik yang cantik, tetap semuanya di tanggung oleh insuran.

“Ramai yang tanya mengapa saya duduk bilik hospital cantik. Ini kerana saya masuk di hospital swasta. Ini bukan kerajaan yang ditanggung tetapi pihak insuran yang bayar. Terima kasih pihak insuran, kalau bayar sendiri mahu harga kereta Viva.”

Itulah penjelasan dari Aliff Syukri setelah ibunya bonda Rozita Ibrahim menulis komen mengatakan dia kini dah sihat.