“Maaf rosakkan mata korang” Nabila Razali komen tentang bajunya yang viral

3,698 views

Nabila Razali pernah memakai satu baju yang menjadi bualan ramai orang sekitar pertengahan bulan lalu. Ini termasuklah pemakaian baju ketika sambutan hari raya yang dipakai olehnya.

Pemakaiannya itu dikatakan agak sendat selain pemakaian tudungnya yang singkat, tidak menutup di bahagian dada, seperti yang disarankan agama.

Oleh itu, ada netizen yang menulis komen menegur pakaiannya itu.

Terutama baju yang meniru warna kulit, kerana ianya boleh membuatkan orang lain salah nampak.

Menerusi satu video oleh Mstar, Nabila Razali telahpun ditanya tentang hal ini, dan wanita berumur 29 tahun ini akhirnya memberi respon malah telah akui isu ini terjadi disebabkan kesilapan yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

Nabila Razali yang lebih mesra disapa Bella, telah meminta maaf sekiranya cara pemakaiannya itu ada membuatkan orang lain terkesan.

Penyanyi ini juga menyatakan selepas ini dia akan lebih berhati-hati dan akan memilih fashion yang lebih sesuai dengan dirinya.

Bella rasa isu ini puncanya kerana kekhilafan diri saya sendiri, dan Bella mahu mohon maaf sebab secara tidak langsung Bella dah merosakkan mata korang semua.

Untuk malam itu Bella hanya mahu kelihatan presentable, namun tidak disangka bila ambil gambar, angle tu buatkannya nampak lain.

Oleh itu sekiranya Bella ada mengganggu iman sesiapa, Bella nak minta maaf sangat. Lepas ni Bella akan lebih careful dalam pemilihan gambar. Dan saya berharap korang dapatlah doakan Bella supaya kekal iqstiqomah dan akan sentiasa buat perkara yang baik.

Nabila Razali yang terkenal dengan lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua ini telahpun memberi kenyataan berhubung cara pemakaiannya itu. Harapnya selepas ini penampilan Bella akan berubah dan menjadi lebih cantik, serta sopan.