Dato Fazley kata agak keterlaluan, Iqram Dinzly balas semula, bahan nyanyian di GV

10,216 views

Selain Syafie Naswip, seorang lagi pelakon yang juga penyanyi yang kini bergelar chef iaitu Dato Fazley Yaacob, turut sama melahirkan rasa kurang senang dengan cara gimik dari Iqram Dinzly dan beberapa pelakon lain yang terlibat seperti Mona Allen, Mia Nassir dan Qistina Khaled. Seperti Syafie, bagi Fazley, hal ini patut ada batasan dan tak perlu dilakukan.

Dato Fazley juga melabel cara ini sebagai satu taktik murahan dan tak perlu nak dilayan.

“Perlukah nak layan drama yang dipasarkan secara gimik murahan. Ada drama dalam drama di dalam drama.”

Dah lebih dua dekad dalam industry, bagi Fazley cara ini buat ramai yang terkena, dan dia sebelum ini tak pernah pun buat macam tu.

“Dah dua puluh tiga tahun saya dalam industry, saya rasa janggal bila tengok pemasaran macam ini. Drama di laman media sosial selepas drama dalam skrip.”

Pernah berlakon banyak drama, Fazley Yaacob tak pernah buat cara seperti itu.

“Tidak ada pun kami diminta buat gimik atau ‘sampai nak kena cekik pelakon di set, bagi saya hal macam ni agak keterlaluan.”

“Bimbang nanti ianya akan terus jadi ikutan pula. Gimik ni kena ada batas, lepas buat kena cepat bagitahu jangan biar berhari lamanya.”

Melihat Dato Fazley Yaacob memberi pendapatnya, Iqram Dinzly tak berdiam diri, dan telah kembali membahan penyanyi berkenaan.

Antaranya, Iqram turut mengatakan Fazley kena ikut peredaran zaman dan mengimbas kembali detik fazley di rancangan Gegar Vaganza.

“Masing-masing ada cara bawa diri masing-masing. Kena ikut peredaran zaman. Kau boleh ambil terima, tak boleh biar saja.”

“Sama macam dia juga, dah tahu suara tak sedap masuk juga Gegar Vaganza, then buat ayat pula saya penyanyi studio bukan persembahan atas pentas. Sedar diri.”

Selain itu, Iqram Dinzly dilihat ada membahan nyanyian Dato Fazley di Ig story miliknya, yang mana dikaitkan dengan penyertaan Fazley di Gegar Vaganza musim baru ini.

Itu antara respon dari Iqram Dinzly kepada Dato Fazley Yaacob.