Dua pelakon, Syafie Naswip dan Iqram Dinzly dilihat telah ada sedikit perselisihan pendapat baru-baru ini. Ianya dikatakan melibatkan gimik yang dilakukan oleh Iqram Dinzly kononnya ada perbalahan dengan Mona Allen.
Setelah Iqram Dinzly dan Mona Allen menjelaskan semuanya itu hanya lakonan dan mastermind adalah Iqram Dinzly sendiri, pelakon Syafie Naswip telah menulis nukilan mengatakan dia kurang setuju dengan hal sedemikian.
Walaupun tak ada memetik nama Iqram, Syafie berpendapat, hal umpama ada perbalahan di set dan mengalirkan air mata di live sesuatu yang tak patut dilakukan.
Ini komen Syafie Naswib: “Zaman sekarang ni untuk drama kena buat ada perbalahan kat set penggambaran dan kena buat live mengalirkan air mata.”
“Selepas itu bila netizen mengata, katanya salah mereka, dan kemudian cakap akan dapat pahala free.”
“Orang yang buat ni pula orang yang benar-benar berbakat, kenapa ye. Tak boleh nak hadam.”
“Cukuplah hanya berlakon kat set saja, boleh saja buat marketing dengan cara lebih baik dan bermaruah.”
Luahan serta komen dari Syafie Naswip ini telah mendapat perhatian dari Iqram Dinzly pula. Iqram telah mengembalikan pertanyaan itu dengan mempersoalkan tindakan Syafie Naswip yang sering menari mengikut rentak lagu Hindustan.
“Awak itu menari terkinja-kinja dengan lagu Hindustan tak ada pula kami nak peduli kerana itu kan hak awak, wahai sang si pengupas.”
“Kena faham erti hormat dan seni itu kan sesuatu yang luas. Tak faham. Jom kita kupas.”
Tak cukup itu, Iqram kemudian menambah bahawa jika nak berkata tentang seseorang, terus saja direct, dan tak perlu nak berkias.
“Orang ada ilmu tak semestinya otaknya tidak boleh tepu. Mention saja terus tak perlu nak kata kias-kias jika berani kerana benar. Nak membawang janji secara kasih sayang.”
Ini antara komen Iqram.
Apapun, harapnya semua baik-baik saha antara Iqram Dinzly dan juga Syafie Naswip, dua-dua memang pelakon yang berbakat besar.