“Risau tengok, tak selamat, tergelincir baru menyesal” Netizen kurang senang aksi Elfira

12,313 views

Sempena sambutan hari lahir yang ke 28 tahun, pelakon dan pengacara Elfira Loya telah bercuti ke Desaru, Johor. Percutian itu turut disertai suaminya, Faris dan anak sulung mereka, Rayyan.

Resort yang dilawati keluarga kecil ini ialah one and only Desaru, memang cantik tempatnya. Dah sampai tempat yang cantik macam ni, sudah tentu paling penting untuk bergambar.

Seperti biasalah, kalau dah ada sambutan hari lahir, tak akan lengkap jika taka da gambar bersama kek birthday.

Elfira Loy telah merakamkan moment indah bersama suami dan juga anaknya di resort ini. Kata Elfira Loy, dia memang lama nak pergi sini, namun kali ini dia sedang sarat mengandung pula.

Dalam keriangan mereka bercuti tu, ada satu kisah yang agak merisaukan ketika sesi mengambil gambar itu dilakukan.

Hal ini diutarakan oleh para netizen dan para followernya. Rata-rata terkejut dan risau melihat Elfira Loy yang bersungguh ketika bergambar.

Kisahnya adalah ada satu moment itu, Elfira telah sanggup melompat di sekitar swimming pool dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung. Apatah lagi Elfira ketika itu memakai kasut tinggi.

Banyak reaksi yang diberikan oleh netizen yang rata-rata risau jikalau sesuatu tak diingini berlaku ketika itu.

“Dia lompat tu, kita pula yang risau, takut tergelincir.”

“Ya tuhanku, agak tak berapa nak selamat tu. Pakai kasut, lari dan lompat. Terkejut tengok”

“Ni kalau tergelincir, memang menyesallah seumur hidup.”

Selain itu ada juga rakan artis yang turut memberi komen, antara yang memberi komen ialah Mira Filzah: “Part lari tu sanggup eh.”

“Elfira dah berani la sekarang.” Tulis Ajak Shiro.

Dari ruangan caption, Elfira Loy berkata percutian ke distinasi berkenaan memang dah lama dia idamkan.

“Memang antara gol saya nak datang ke sini, tetapi tak sangka kali ini saya sedang hamil pula. Jadi saya beranikan diri. Tapi mommy lain jangan ikut dan tiru aksi ini ye.”

Itu pesanan dari Elfira Loy kepada orang lain, jangan ikut ye. Keselamatan diutamakan.