Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

9,059 views

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah Iqbal pada jam 3 pagi untuk memberi cincin.

Iqbal ternyata tak tahu tentang kehadiran Dato Seri Vida dan telah naik angin dengan pihak security kerana membenarkan Dato Seri Vida masuk ke kawasan perumahannya tanpa keizinannya.

Namun ramai yang nak tahu cerita dari Dato Seri Vida pula tentang hal ini.

Akhirnya Dato Seri Vida tampil menceritakan kenapa dia sanggup hadir ke rumah Iqbal walaupun di awal pagi.

Melalui satu video, Vida mengatakan Iqbal sebenarnya telah terkena buatan orang, namun dia tak sedar tentang hal berkenaan. Vida akui ada yang kurang senang dengan kisah antara dirinya dan Iqbal terutama mereka yang iri hati dengan Iqbal.

“Saya terjah datang rumahnya memang ada sebab, iaitu saya mahu selamatkan Iqbal yang sudah terkena buatan orang dan dia tak sedar pun tentang hal berkenaan.”

“Dah buat solat tahajud untuk cari petunjuk daripada Yang Maha Esa, dan lepas tu, saya tekad untuk terus pergi. Realitinya Iqbal memang dah terkena, disihir namun dia langsung tak tahu.”

Dato Seri Vida juga akui, Iqbal dah berubah sedikit dari segi fizikalnya, mungkin kerana akibat buatan orang itu.

“Sudah tujuh tahun saya kenal dia, kulit dia putih dah tak putih lagi dah, tapi dah jadi warna kelabu asap. Bawah mata juga jadi gelap, oleh itu saya perlu selamatkan dia.”

Walaupun ramai yang komen yang kurang baik kepada Vida, dia tekad nak selamatkan Iqnal tanpa hiraukan pandangan orang lain.

“Kalau ada yang cakap nak buat drama terpulang pada mereka. Sikit saja lagi kami akan dihalalkan.”

“Orang mengata pada saya. Orang kata saya tak boleh nak move on. Tak apalah. Untuk perkara ini, saya sanggup rendahkan maruah pada pukul 3 pagi demi lelaki muda yang kononnya jadi kegilaan saya.”

Dato Seri Vida akui lagi bahawa sebenarnya orang mahu kenakan dirinya namun Iqbal pula yang terkena.

“Sebenanya, buatan orang itu nak tuju pada saya tetapi Iqbal yang kena. Ia nak buat saya tak bahagia dan tak kaya sebab ada yang kurang senang lihat kehidupan dan business saya. Saya dah kaya la, harta saya tujuh keturuan tak habis, tapi nak tengok saya jatuh.”

Berbalik kepada kenapa beri Iqbal cincin, ini jawapan dari Dato Seri Vida.

“Cincin itu dah lama dan memang sentiasa dalam beg. Iqbal lama nak cincin tu. Bila jumpa dia, saya beri terus. Tiada isu apa-apa pun.”

Dato Seri Vida berkata dia dah pun maafkan orang yang menghantar ilmu tak baik itu kepada dirinya.