Rare betul komen Engku Emran kepada Datuk Seri Vida

97,464 views

Kisah Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli memang buat ramai yang berkata-kata. Sudah tentu ramai yang ada pandangan tersendiri tentang kisah mereka.

Sering bercerita secara terbuka tentang hubungan antara mereka berdua, ramai yang mengatakan mereka ni kuat berdrama saja dan hanya mahukan perhatian. Maklumlah mereka sering up cerita di laman media sosial termasuklah buat live.

Antara kisah baru mereka berdua ini ialah kehadiran Datuk Seri Vida ke rumah Ahmad Iqbal pada jam 3 pagi.

Vida ada memberi alasan bahawa sebenarnya dia datang awal pagi itu sebab nak selamatkan Iqbal kerana dah terkena buatan orang.

Jutawan ini juga ada muatnaik satu video menerang punca dia datang ke rumah Iqbal di awal pagi.

Memang banyaklah yang beri komen di video berkenaan, dan ini termasuklah komen dari Engku Emran, suami kepada Noor Nabila, kakak Neelofa.

Memang rare betul komen Engku Emran ini, sampaikan menerima begitu banyak likes dan tanda suka dari netizen yang lain.

Engku Emran menulis, dia harapkan kisah hidup Datuk Seri Vida ini akan dibuat drama atau filem oleh Netflix. Ini komennya

“Saya berharap supaya satu hari nanti, pihak platform streaming iaitu Netflix akan buat tawaran kepada Datuk Seri Vida untuk buat kisah sebenar tentang hidup Datuk Seri yang semangnya penuh dengan komedi.”

“Banyak pahala Datuk Seri Vida kerana dah menghiburkan kami semua selama ini. Saya doakan Allah akan mempermudahkan segala urusannya.”

Ramai netizen terhibur dengan komen sinis dari Engku Emran itu. Ini antara reply dari netizen lain.

Lawak juga komen abang ni. Tak sangka Engku Emran pun layan juga kisah Dato Seri Vida ni ye. Apa nak buat kisah cinta mengalahkan segalanya, kesian dorang.” Tulis beberapa netizen.

Sehingga kini, Iqbal mengesahkan bahawa hubungan antara dirinya dan juga Datuk Seri Vida dah pun berakhir dan tak jadi kahwin.