“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

8,413 views

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal, Maharaja Lawak Mega 2021.

Pelakon ini akui dia tidak ada sebarang pengalaman dalam bidang lawak termasuklah sebagai seorang juri. Akan tetapi kakak kepada Nelydia dan juga Raysha Rizrose ini tetap akan menjalankan tugas yang diberikan.

Malah, Uqasha melahirkan rasa teruja kerana diberi peluang menjadi juri, setelah bertahun menonton Maharaja Lawak Mega sebagai oeminat setia rancangan itu.

“Salam, pertamanya, saya mahu ucapkan jutaan terima kasih kerana telah dipilih dan diberi kepercayaan sebagai juri untuk satu program yang amat hebat.”

“Dah bertahun saya jadi peminat setia rancangan ini, memang tengok dan tak pernah terlepas, sebab saya memang rasa enjoy terhibur tengok persembahan peserta yang hebat semuanya. Kali ini jadi juri, memang super excited.”

Kaat Uqasha, dia hadir sebagai seorang penonton dan pelakon, dan akan gelak jika persembahan itu lawak.

“Saya bukanlah seorang pelawak, dan untuk menjuri atau komen tentang persembahan lawak, memang bukan dalam bidang Uqasha. Tapi saya jadi sebagai mata-mata dari sisi seorang penonton. Sebagai pelakon saya nak terhibur dan gelak bersama pelawak otai kita, jika ianya kelakar kita akan gelak.”

Seperti biasa, Maharaja Lawak Mega akan berlangsung setiap hari Jumaat pada jam 9 malam dan tahun ini menampilkan Dto Rosyam Nor sebagai ketua juri, dan tiga lagi termasuk pelakon Diana Danielle, Uqasha Senrose dan penyanyi dari kumpulan Hujan, Noh.

Sebanyak 11 kumpulan yang kebanyakkan gabungan baru, telah bertanding untuk merebut trofi pada kali ini dan juga wang tunai berjumlah setengah juta Ringgit.

Sebelum ini, agak kecoh isu yang dibangkitkan oleh bekas juara, Shahrol dari kumpulan Shiro, yang memberi pendapat bahawa juri rancangan Maharaja Lawak Mega patutnya dari kalangan mereka yang terlibat dalam bidang persembahan komedi.