Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

29,775 views

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3 pagi tadi, Iqbal telah menerima kunjungan secara mengejut dari Dato Seri Vida.

Menerusi beberpa video dan gambar, Iqbal menunjukkan Dato Seri Vida hadir kerumahnya tanpa pengetahuannya. Turut hadir bersama Dato Seri Vida ialah anak lelakinya iaitu Kacak.

Iqbal dilihat agak terkesima dan mempersoalkan bagaimana Dato Seri Vida boleh lepas masuk ke ruamhnya, apatah lagi pada jam 3 pagi.

“Kedatangan DS Vida ke rumah saya adalah tanpa pengetahuan saya, kali terakhir kami berhubung adalah sekitar bulan September lepas.”

“Saya keluar tanpa pakaian penuh sebab ingatkan adik saya yang ketuk pintu rumah. Alamat saya pun macam mana tah dia boleh tahu.”

Jelas Iqbal lagi, dia tetap melayan Dato Seri Vida dan Kacak walaupun mood tak berapa nak baik, ye lah datang rumah orang pukul 3 pagi tanpa pengetahuan pula.

Walaupun Vida telah memberi cincin, namun Iqbal berkata dia akan pulangkan cincin itu.

“Saya layankan saja walaupun emosi saya tak berapa baik. Dato Seri Vida bagi sebentuk cincin, dan saya tidak akan pakai. Saya akan pulangkan semula. Saya dah penat macam ni.”

Dari story, Dato Seri Vida dan Kacak dilihat pulang dan keluar dari rumah Iqbal sekitar jam 4 setengah pagi.

Sementara itu, Iqbal telah telefon pihak security guard di kawasan rumahnya dan bertanya macam mana mereka boleh membenarkan Dato Seri Vida masuk tanpa kebenarannya.

“Saya akan buat siasatan macam mana kereta Dato Seri Vida boleh lepas masuk ke kawasan perumahan saya. Saya dah angin dengan security guard itu. Mudah sangat lepaskan, sedangkan sebenarnya ada dua tapisan.”

“CCTV ada di segenap penjuru, hanya yang ada card saja boleh masuk, selalunya guard akan contact dulu jika ada pelawat.”

Itulah pendedahan dari Iqbal tentang hal terbaru dengan Dato Seri Vida.