Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

23,027 views

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak 11 kumpulan telah membuat persembahan dan ada empat juri yang mengadili persembahan mereka.

Juri yang dipilih ialah Dato Rosyam Nor, Uqasha Senrose, Noh Hujan dan juga Diana Danielle. Namun bukan semua yang gemar dengan pemilihan juri kali ini.

Antara yang memberi pendapat tentang pemilihan juri ialah bekas juara iaitu Shahrol dari kumpulan Shiro. Shahrol tidak menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega kali ini.

Jelas Shahrol Shiro, dia merasakan sudah masanya program berprestij seperti Maharaja Lawak Mega ini mengambil juri dari kalangan mereka yang berpengalaman sebagai seorang pelawak.

Ini penting agar juri dapat memberi teguran yang membina selain menegur apa yang perlu kepada para peserta.

Jom baca pendapat dari Shahrol Shiro. “Ada isu yang dibangkitkan ialah pemilihan juri-juri. Sepatutnya mereka ini terdiri dari mereka yang banyak pengalaman buat persembahan pentas sebab mereka lebih arif. Oleh itu dapatlah mereka tegur secara membina kepada para peserta.

Kalau tengok program nyanyian popular Gegar Vaganza contohnya, semua juri dipanggil memang hebat belaka dari bidang muzik, seperti Tok Ram dan lain-lain.

Shahrol Shiro turut memberi contoh rancangan hiburan dari negera jiran yang menampilkan juri-juri dari kalangan pelawak terkenal.

Kualiti sesuatu komen, kalau bagus dapat puji kalau tak, kenalah bagi tahu dan dibetulkan. Agar peserta akan jadi lebih baik.

Analoginya apa akan jadi sekiranya seseorang pemain bola sepak profesional namun hanya menerima komen serta nasihat daripada mak andam.

Akan diberi jawapan seperti kena pakai make up dan touch up sebelum masuk padang, serta nasihat jangan lupa bawa kotak tisu senang untuk lap peluh.

Diruangan komen, ternyata komen dari Shahrol Shiro ini mendapat pelbagai reaksi ada yang setuju dan ada yang sebaliknya. Untuk info Shahrol pernah menjadi juara dengan kumpulan Shiro berganding bersama Ajak dalam edisi 2018.