Dato Seri Vida tak puas hati Saya tersingkir, persoal kenapa Shidee terselamat

5,870 views

Semalam telah berlangsung Gegar Vaganza minggu ke lapan. Akhirnya peserta yang mempunyai ramai peminat iaitu kumpulan Saya yang terdiri dari Apek dan Yassin, telah tersingkir.

Kedua-dua ahli kumpulan Senario itu menyanyikan lagu Blus Terengganu Kita, dan telah menerima markah terendah dengan perbezaan yang amat sedikit dengan peserta yang menduduki tangga kedua terbawah iaitu Shidee.

Melihat penyingkiran Saya dari rancangan Gegar Vaganza, jutawan, Dato Seri Vida telah meluahkan rasa tak puas hati.

Kata Dato Seri Vida, dia melihat Apek dan Yassin ada peningkatan selain memberi persembahan yang amat menghiburkan.

Vida juga mempersoalkan mengapa Shidee masih lagi dikekalkan dalam rancangan berkenaan.

“Saya rasakan ada masalah dengan GV pada minggu ini, minggu yang amat penting, nak ke separuh akhir dah.”

“Persembahan dari kumpulan Saya memang ada X-faktor malam ini tetapi Shidee pula yang mahu disimpan dan mahu diselamatkan.”

“Memang nampak sangat macam pilih bulu, bulu pahat yang tak keluar suara tapi mengapa masih disimpan, atas dasar apa, sebab legend kah. Kalau jelas dah pancit mengapa nak selamatkan lagi.”

Bagi Vida, Saya yang lebih bagus telah disingkirkan dan bertanya adakah hanya sebab mereka tu adalah pelawak.

“Yang lebih baik dan bagus telah disingkirkan, adakah kerana mereka ini merupakan pelawak, hanya menjadi pengisi dalam Gegar Vaganza saja.”

“Tiba-tiba lain jadinya apabila mereka berdua ini berusaha memperbaiki segala kelemahan merera dan hasilnya dapat lihat, mereka amat improve di setiap minggu.”

Dato Seri Vida juga mendedahkan dia tahu apa yang berlaku kerana dia merupakan bekas penaja utama rancangan berkenaan.

“Saya tahulah mainan ini, saya ni kan merupakan mantan sponsor rancangan gegar Vaganza.”

Itulah pandangan dari Dato Seri Vida setelah terkeluarnya Apek dan Yassin dari rancangan Gegar Vaganza.