Datuk Yusof Haslam bertemu Puteri Sarah, tak harap kembali ke pangkuan Syamsul

1,604 views

Datuk Yusof Haslam ketika ditemui pihak media, ada ditanya tentang bekas isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana. 

Katanya, dia ada bertemu Puteri Sarah semalam, setelah pelakon wanita berkenaan datang melawatnya. 

Kata Yusof, Sarah juga sama seperti dia dan isterinya, iaitu agak terkejut dengan berita bahawa Syamsul menfailkan penceraian ke atas Ira Kazar. 

Tambahnya, Sarah meminta ibu bapa Syamsul itu terus saja mendoakan yang terbaik buat anak mereka itu. 

“Semalam saya ada bertemu dengan Sarah.” 

“Dia ada datang, dia singgah ke rumah saya sekejap dan kami pun bersembang.” 

“Sebenarnya dia pun terperanjat dan tak tahu menahu tentang perkara yang akan terjadi tetapi Sarah ada berpesan pada saya untuk reda dan doa yang baik-baik saja buat Syamsul.” 

Tentang mahu melihat Puteri Sarah kembali ke pangkuan anaknya, Yusof berkata, itu bukanlah urusan dirinya. 

“Saya dah tak boleh kata mahukan Sarah kembali semula ke pangkuannya atau sebaliknya.”  

“Yang menentukan kehidupan mereka adalah diri mereka sendiri, itu bukannya urusan saya.”  

“Saya tak mahulah berkata lebih, ini soal kita meletakkan harapan tetapi yang menentukan semuanya adalah takdir dari Illahi. Jadi saya reda sajalah.” 

Sementara itu, Yusof Haslam berkata lagi, kenyataan dari isterinya, Datin Patimah sebelum ini telah disalah erti oleh pihak media.

Sebenarnya dia dan isteri bukanlah bergembira atau bertepuk tangan tentang kisah penceraian anaknya dengan Ira Kazar itu.

Kisah keretakkan rumah tangga Syamsul Yusof dan Ira Kazar disahkan setelah pengarah berumur 40 tahun itu disahkan menfailkan penceraian ke atas isterinya itu. 

Melalui peguam, Syamsul menfailkan penceraian sekitar jam 2 lebih petang Isnin lepas di Mahkamah Gombak. 

Syamsul Yusof sebelum ini menikahi Ira Kazar di negara jiran Thailan pada 6 Januari 2024.  

Pada hari Isnin juga, Ira dilihat kembali aktif di Instagram, boleh LIHAT DI SINI.

Ibu kepada Syamsul juga ada memberi reaksinya, LIHAT SINI.