Ibu Syamsul Yusof luah rasa syukur, ini pula komen Yusof Haslam

1,320 views

Syamsul Yusof disahkan telah menfailkan penceraian terhadap isterinya iaitu Ira Kazar hari ini. 

Hal ini disahkan sendiri peguam yang mewakili dan menguruskan hal berkenaan iaitu peguam Azmi Rais. 

Ini kenyataan dari pihak peguamnya. 

“Ye memang benar, Syamsul Yusof dah pun menfailkan perceraian melalui saya.” 

Penfailan penceraian berkenaan dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor. 

Tambahnya lagi, dia diberi kebenaran oleh Syamsul Yusof untuk membuat kenyataan dan mengesahkan hal berkenaan kepada pihak media. 

“Dia  meminta saya untuk failkan di mahkamah hari ini. Dia juga sudah memberi keizinan untuk saya sahkan hal ini.” 

IBU SYAMSUL YUSOF LUAH RASA SYUKUR 

Antara individu yang menjadi tumpuan setelah kisah keretakkan rumah tangga di antara Syamsul dan Ira, sudah tentunya kepada keluarga Syamsul. 

Melalui satu kenyataan, ibu Syamsul Yusof luah rasa syukur apabila dimaklumkan hal berkenaan. 

“Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah.”  

“Jika benarlah berita ini, saya teramat bersyukur. Semoga Syamsul akan kembali ke jalan yang benar.” 

Tambahnya lagi, dia sudah pun memafkan segalanya kepada family Ira Kazar

Tetapi semuanya sudah terlambat memandangkan rumah tangga Syamsul dengan bekas isteri iaitu Puteri Sarah sudah pun berakhir.  

“Namun, nasi pun dah jadi bubur dan perkahwinan di antara Puteri Sarah Liyana dan Syamsul dah pun hancur, anak-anak pula yang jadi mangsa.” 

Selain itu, Datin Patimah juga ada muat naik satu hantaran di Ig miliknya yang tertulis dia tetap sayangi anak-anak yang dilahirkannya sampai bila-bila. 

Ini repost dari Datin Patimah di ruangan Instagram miliknya pada lewat petang tadi. 

KENYATAAN DATUK YUSOF HASLAM 

Dalam pada itu, ayah kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam enggan mengulas lanjut kerana tidak menerima berita berkenaan dari anaknya sendiri. 

“Saya baru tahu hal ini. Kalau tak dimaklumkan saya langsung tak tahu.” 

“Minta maaf, saya tak tahu menahu kerana kami sudah putus hubungan, dah bertahun, sama dengan juga Datin.” 

“Syamsul ni sudah lama tak hubungi kami apatah lagi balik ke rumah ini. Jadi, untuk saya komen hal ini macam tak kena pula sebab saya dan ibu Syamsul tak ada khabar apa-apa.” 

“Jadi lebih baik tanya tuan punya diri.”  

“Saya dah sampai ke tahap redha saja. Apabila dia berkahwin baru dan kemudian bercerai dengan Puteri Sarah, saya cuma mampu berlapang dada sebab ini semua ketentuan dari Illahi.” 

“Sebelum ini dia yang mahu berkahwin dua, kita boleh cakap apa lagi.” 

“Sekarang apabila dikatakan bercerai dengan isteri baru, saya cuma mampu doakan kesejahteraannya sajalah.” 

“Tiada bapa yang mahu darah daging sendiri ada di dalam kesusahan. Saya sebagai seorang ayah dan juag bersama sama ibunya tetap mengharapkan yang terbaik buat Syamsul.” 

Itulah sedikit respon awal dari pihak ibu bapa Syamsul Yusof tentang berita penceraian di antara pengarah berkenaan dengan Ira Kazar