“Dekta dah pandai minta nak pakai tudung”

4,345 views

Pemergian ibunya Arwah Siti Sarah memang memberi impak kepada anak-anak. Sudah tentu banyak mata yang tertumpu kepada anak-anak Shuib, seramai empat orang semuanya.

Yang sulung bernama Uwais, kemudian Talita, dan Matin serta yang paling bongsu, baby Ayash Affan.

Kini sedikit update tentang satu-satunya anak perempuan Shuib iaitu Talita atau lebih mesra disapa dengan nama Dekta.

Menerusi satu entry di laman IG milik Siti Sarah, ada satu video menunjukkan Dekta kini sudah bertudung, keluaran jenama tudung ibunya iaitu Loveta.

Dari caption yang ditulis, khabarnya Dekta sendiri yang sudah minta untuk memakai tudung. Sejuk mendengar perkembangan tentang Dekta ini.

Ini caption yang ditulis.

“Kecil-kecil lagi lah lebih mudah dan senang untuk didik dan mengajar anak-anak mula pakai tudung kan.”

“Syukur Alhamdulillah, sekarang ni Dekta pun dah pandai minta nak pakai tudung, secara perlahan-lahan kita ajar untuk beri anak-anak tu membiasakan diri dengan pakai tudung.”

“Apa yang penting juga ialah kena pastikan anak-anak sentiasa rasa selesa pakai tudung. Lepas tu tak mahu rasa panas juga, nanti baruah mereka suka.”

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bersyukur melihat Dekta yang sudah memakai tudung.

Ada yang memuji Dekta kelihatan cantik dan tak ubah seakan wajah ibunya, Siti Sarah. Ini antaar komen dari netizen.

Siti Elizad menulis: “Wah cantiknya, cantik sangat ni Talita.”

Seorang pengguna bernama Zwk pula menulis: “memang budak senang sikit nak dibentuk, bukan macam sesetengah mereka yang dah berumur, makin usia lanjut tapi seakan lupa pula pada pencipta.”

Tasha basir menulis: “Cantik tudung yang Dekta pakai ni, nampak sejuk saja.”

Pengguna bernama Madiha Mulin memebri komen: “Cantik betul lah Dekta, dah nampak iras-iras ibu dah jika pakai tudung macam ni.”

Semoga semua urusan anak-anak Shuib akan dipermudahkan.