“Demi kelangsungan hidup, tak perlu malu” Zara Zya

2,498 views

Ketika ini ada kempen kibar bendera putih untuk mereka yang sedang bergelut dengan kehidupan dan tak mampu nak sara diri atau keluarga.

Sekiranya sudah terputus bekalan makanan atau tak mampu nak sara diri, mereka bolehlah mengibarkan bendera putih sebagai ikhtiar terakhir untuk mendapatkan bantuan dari orang ramai.

Kempen ini dipersetujui ramai rakyat, dan ramai yang mula turun memberi bantuan.

Pelakon Zara Zya menerusi satu entry di Instagram, dilihat muatnaik foto dirinya sedang mengibar bendera putih.

Jelasnya mereka yang memerlukan bantuan lekaslah naikkan bendera putih agar orang lain dapat beri bantuan. Ini caption dari Zara.

Untuk teruskan kelangsungan hidup, naikkan bendera warna putih di kediaman anda. Tak perlu nak malu, dan tak perlulah nak merayu, kibarkan dan rakyat akan datang beri bantuan.

Jika ada yang ternampak bendera putih dikibarkan, silalah hulurkan bantuan. Manisnya sekiranya rezeki dapat dikongsikan untuk orang lain.

Saya berdiri untuk solidariti seratus peratus menyatakan sokongan terhadap kempen bendera putih  ini, jangan biarkan diri yang dalam kesusahan untuk berterusan.

Kata Zara lagi, janganlah nak buatkan kempen ini jadi isu politik pula, kerana ini adalah inisiatif dari rakyat untuk rakyat.

Tolonglah janganlah nak politikkan hal ini, ianya merupakan kempen dari rakyat untuk rakyat.

Dalam pada itu, Zara Zya ada buat undian tentang kempen bendera putih ini, dan ternyata masih ada yang tak setuju.

Walaupun sebanyak 86 peratus yang setuju tetapi yang lain dilihat tak setuju dengan kempen ini.

Tak fahamlah saya, ada juga rakyat negara kita ni yang pentingkan diri. Kalian rasa apa patut dilakukan.

Menjawab tentang adanya pihak yang setuju, seorang netizen mengatakan golongan ini tak pernah rasa susah.

Ini komen yang ditulis oleh individu bernama Pejal: “Yang cakap tak payah buat tu semua orang kaya, mereka semua ni tak tahu macam mana rasa susah, nak cari duit beli makanan. Memang penting diri.

Kempen bendera putih kali ini telah membuatkan ramai pihak turun padang untuk beri bantuan kepada mereka yang terkesan.