Pentas Gegar Vaganza akan menuju ke pentas final pada hari Ahad ini. Di minggu lalu, peringkat separuh akhir berlangsung dengan amat meriah.
Sudah tentu gelagat dan cara memberi komen salah seorang juri iaitu bonda Hetty Koes Endang, antara yang menjadi tumpuan ramai.
Hetty memang gemar memberi komen sambil mengajar terus cara nyanyian secara live.
Di peringkat separuh akhir, Hett Koes Endang telah naik ke atas pentas dan mengajak Amy Search untuk turut bersamanya.
Ianya berlaku ketika peserta Aweera selesai saja membuat persembahannya, yang mana dia menyanyikan dua buah lagu Amy Search.
Melalui tweet dari pengacara hebat tanah air iaitu Datuk Aznil Nawawi yang lebih mesra disapa Pak Nil, dia ada mengatakan dengan adanya telatah bonda Hetty, pengacara kelihatan seperti hilang fungsi.
Pak Nil turut mengatakan rancangan ini bagaikan milik bonda Hetty, oleh itu pengacara kena harus bijak untuk join dan turut serta bersama agak tak tenggelam.
“Dengan hetty Koes Endang, pengacara hilang fungsi. Sebenarnya bonda Hetty dah memberikan good vibes di show ini. Namun pengacara kenalah tahu cara nak handle dan mengemudi pentas. Tidak mengapa boleh belajar lagi. Bukannya kena control Hetty Koes Endang tetapi kena join dan bersama-sama dengannya.”
Pak Nil sempat memberi pesan kepada Nabil dan Jihan tentang satu segmen yang dilihat tidak berjaya iaitu ketika wajahnya dikatakan iras dengan penyanyi Taufik Batisha.
“Paknil memang pernah beri pesan pada Nabil, jika ada apa-apa nak cakap kena bincang dulu dengan co-host. Walau nampak spontan, namun sebenarnya ianya dah ada frame. Tadi nampak Nabil agak kecewa kerana pihak production pula jadi spoiler pada punchline dia. Maknanya, next time kena plan sekali dengan pihak production.”
Itulah antara komen dari pengacara hebat tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi tentang rancangan Gegar Vaganza peringkat separuh akhir minggu lalu.