Baru-baru melalui portal Mstar, ada laporan mengatakan pelakon terkenal Nabila Huda akan berdepan dengan tindakan undang-undang dari seorang wanita bernama Fatimah Zaharah.
Ini gara-gara satu posting dari Nabila Huda tentang wanta itu yang didakwanya tidak amanah ketika membantu ketika banjir melanda baru-baru ini.
Rupanya, Nabila Huda akui dia pun tak tahu menahu tentang hal berkenaan.
Nabila Huda yang lebih dikenali dengan sapaan Abil berkata, ketika satu sesi live, baru dia tahu tentang hal berkenaan dari followernya.
Dek kerana itu, Nabila Huda telah meluahkan rasa kurang senang dan terkejutnya dan meninggalkan komen di Instagram Mstar.
“Bagaimana saya sendiri tak tahu yang saya kena saman, tetapi tiba-tiba dah keluar statement di portal Mstar. Saya hanya tahu saya akan kena saman ketika sedang live, itu pun sebab ada orang komen.”
“Mereka tu boleh saja direct contact dengan saya, atau mesej melalui Instagram ke, atau cari nombor ke. Kalau Nabila Huda hilang, Amy Search.”
“Kena peguam beri kenyataan pada portal mstar ke, kenapa dia cari you guys dulu. Cuba bayangkanlah saya ni yang nak kena saman, namun saya pun tak tahu. Macam mana ni ye, saya jadi confuse kejap.”
Nabila Huda berkata dia tidak ada menerima sebarang dokumen termasuk surat tentang tindakan undang-undang yang bakal dikenakan itu.
“Kenapa saya tak tahu langsung pasal kenyataan ni. Kenapa saya tak ada menerima sebarang surat. Jika saya kena saman, mengapa mereka pergi pada mstar dulu untuk beritahu. Kenapa dorang tidak terus hubungi saya, something fishy.”
Itulah kenyataan dari Nabila Huda melalui komen yang ditulis olehnya di media sosial Instagram semalam. Kata Nabila Huda lagi ketika ini dia akan fokus dulu dengan kerjanya iaitu berlakon dalam filem Telaga Suriram.