“Dia buat lagi…” Gambar terbaru Janna Nick buat netizen istighfar

34,810 views

Bukan sekali dua, tak dah banyak kali. Itulah yang dipersoalkan tentang Janna Nick yang sering muatnaik foto agak kurang disenangi netizen di luar sana.

Bagaikan tak serik, semalam Janna Nick muatnaik satu lagi foto yang menjadi perhatian para netizen dan follower di laman Instagram.

Kali ini Janna Nick muatnaik foto yang menunjukkan keadaan dirinya sedang menonggeng pula.

Semalam sekeping gambar diupload oleh Janna Nick, namun baju yang dikenakan oleh sebenarnya okey saja. Apa yang jadi perhatian ialah cara Janna Nick posing.

Caption yang ditulis oleh Janna Nick ialah perkataan yang amat ringkas saja. Ini captionnya “Hmm rindu.”

Diruangan komen, sekali lagi rakan pengacara Melodi iaitu Awal Ashaari tampil memberi komennya. Ini yang ditulis oleh Awal Ashaari.

Dia buat lagi.” Tulis Awal Ashaari. Janna Nick tak berdiam diri dan telah membalas dan menulis komen. Ini yang ditulis oleh Janna Nick: “Tak nampak kan.

Ada juga beberapa artis lain yang menulis komen seperti Uyaina dan juga Nazim Othman.

Namun antara komen yang menjadi tumpuan ialah dari netizen, yang mengatakan ada portal yang sedang memerhati. “Rotikaya is watching, Mstar is watching.”

Janna Nick mengambil pendekatan secara sporting dan membalas komen semula. “Suruh mereka buat content sendiri.

Ada juga yang menegurnya dan sampaikan ada netizen yang istighfar kerana terlihat foto tersebut.

Sebelum ini, Janna Nick sudah beberapa kali terpalit dengan sisu seperti ini setelah beberapa kali upload beberapa foto yang mempamerkan pakaian atau fesyen yang agak terdedah.

Sememangnya sudah banyak kali Janna Nick menerima komen dari orang ramai yang menasihatinya tentang foto yang diupload olehnya.

Walaupun menerima pelbagai komen kurang baik dan ada yang meminta Janna Nick untuk delete foto tersebut, Janna pernah menjawab bahawa dia bukan seorang yang akan padam gambar, sekiranya dia dah upload gambar berkenaan.