Pelakon terkenal negara seberang, Laudya Cynthia Bella naik namanya di negara ini selepas pernah berkahwin dengan Engku Emran.
Perkahwinan antara Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran kemudian berakhir selepas lebih setahun berkahwin.
Kini Engku Emran telah pun menemui cinta dan kebahagiaan yang baru apabila bernikah dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila.
Namun tak banyak perkembangan terkini tentang bekas isterinya, Laudya Cynthia Bella.
Secara tiba-tiba, dua hari yang lalu, nama Laudya Cynthia Bella menjadi bualan di dunia industry hiburan negara seberang.
Ini apabila penyanyi dan pelakon popular, Irwansyah muatnaik gambar Laudya Cynthia Bella di laman media sosial Instagram miliknya.
Gambar itu menunjukkan Laudya Cynthia Bella sedang memeluk Ukkasya, anak Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar.
Caption yang ditulis oleh Irwahsyah ialah “Ada yang nemplok, masyaallah.” Ianya diikuti dengan emoji kiss.
Diruangan komen, ramai netizen dari negara jiran itu memberi komen dan pendapat tentang foto berkenaan.
Ada yang menulis agar Laudya Cynthia Bella kahwin saja dengan Irwansyah sebagai isteri keduanya. Ini antara komen netizen.
“MasyaAllah, Laudya Cynthia Bella memang semakin cantik. Semoga dia akan mendapat jodoh yang luar biasa.”
“Yes isteri kedua, kami sokong abang Irwan, tiada salahnya pun lelaki mempunyai isteri lebih dari satu.”
Kemudian ada juga netizen yang mempersoalkan kenapa Irwansyah muatnaik gambar wanita lain di laman Ig miliknya, selain gambar isterinya sendiri.
“Mengapa upload foto wanita lain selain dari isteri, ada pula emoji kiss.”
Kepada yang tak tahu, isteri Irwansyah, Zaskia Sungkar dan Bella mempunyai hubungan yang amat akrab.
Untuk info, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran berkahwin pada tahun 2017 di ibu kota Kuala Lumpur.
Pasangan ini kemudian telah membuat pengumuman bahawa mereka telah pun berpisah pada tahun 2020. Sepanjang perkahwinan, Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran tidak dikurniakan cahaya mata.