“Dia introvert, seorang yang simple” Farah Lee dedah sikap suaminya Fuad

46,885 views

Farah Lee, 31 tahun kini telah pun selamat bergelar isteri semalam. 

Satu pengumuman dibuat oleh personaliti media sosial ini menerusi laman Instagram dan juga Facebook miliknya di hari Jumaat bersamaan 5 Januari 2024. 

Farah kini selamat menajdi isteri kepada jejaka bernama Fuad. 

“Okay done berkahwin sekali lagi pada 5 Januari 2024, good luck Fuad.”  

Itulah yang ditulis oleh Farah Lee secara ringkas dengan foto dirinya sedang memaut tangan kepada suaminya itu. 

Menerusi satu paparan mesej, Farah Lee ada mengatakan dirinya terpaut dengan suaminya bernama Fuad itu kerana lelaki berkenaan seornag yang ringkas hidupnya. 

Farah menjawab mesej dari kawannya bercerita sedikit tentang Fuad. 

Ini pertanyaan dari kawannya itu: “Dia jampi apa sampai Farah said yes ni.” 

Farah Lee menjawab: “Dia ni lain sangat dari lelaki lain. Dia seorang yang introvert dan tak reti nak susun ayat sangat. Dia jalani simple life je, so saya pun said yes.” 

Ini paparan mesej berkenaan. 

Jom pula kita lihat sedikit foto di sekitar majlis pernikahan Farah Lee dan juga jejaka bernama Fuad ini. 

Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan pengacara terkenal, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012, namun perkahwinan tersebut tak dapat bertahan lama apabila mereka berpisah pada 17 Ogos 2016. 

Hasil perkahwinan itu, Farah dan juga Ally mempunyai seorang anak perempuan bernama Maream Esaabel, yang sudah pun berumur 9 tahun. 

Baru-baru ini, Farah Lee juga terpalit dengan satu isu yang mana ada individu telah meminta keluarganya untuk melunaskan hutang yang didakwa dibuat oleh arwah bapa kepada Farah Lee. 

Namun begitu, Farah Lee telah menepis dakwaan berkenaan. 

Apapun, selamat pengantin baru kepada Farah Lee dan juga juga Fuad.