“Fathia Latiff okey ke tu” Peminat risau lihat keadaannya

1,614 views

Lama tak muncul di kaca televisyen, namun nama Fathia Latiff masih lagi meniti dibibir para peminatnya. 

Fathia kini dah pun berkerja di sebuah firma guaman sebagai kerani namun masih lagi aktif di laman media sosial. 

Yang terbaru Fathia ada tampil menerusi sesi live dan juga ada beberapa video yang dimuatnaik olehnya. 

Dari video itu, Fathia dilihat sedang bercuti di sebuah hotel dan merakam detik semasa berada di bilik hotel. 

Pelakon ini berada di depan cermin dan memakai bathrobe sambil memakai produk kecantikkan. 

Video ini ternyata membuatkan ramai yang tertanya apa yang terjadi kepada pelakon ini dan ada yang turut meluahkan rasa risau terutama melihat cara pemakaiannya apatah lagi diketahui Fathia seorang yang berhijab. 

Ada juga yang meminta Fathia untuk terus kuatkan diri.  

Namun, pelakon ini berkata, sebenarnya dia rasa seronok menikmati hidup bujang tanpa pasangan.  

Jelasnya, dia amat gembira dengan hidupnya ketika ini tanpa sebarang gangguan dari sesiapa.  

“Apa yang best semasa hidup single ni ialah apabila awak tiada sebarang komitmen, awak boleh bersantai sorang-sorang dan berseronok.”  

“Saya amat gembira sangat, sekurang-kurangnya tak ada siapa yang kacau saya sekarang ni.” 

Ini pula antara komen yang ditulis oleh orang ramai. 

“Fathia okey ke tak tu.” 

“Dulu suami saya suka tengok Fathia, masa tu dia kata nampak lembut, ayu dan sopan, tetapi sekarang tak lagi. Seri cantik tu dah tak ada.”  

“Dah nampak macam lagi teruk dah ni.” 

“Lain Fathia dulu dengan yang sekarang.” 

Rata-rata para peminatnya merindui Fathia Latiff yang dulu, namun ramai berkata kini pelakon ini berubah dengan amat ketara. 

Apapun yang penting Fathia Latiff sendiri happy dan bahagia.