Tular ketika ini seorang wanita yang mempunyai suara yang garau, dan macho umpama seorang lelaki.
Individu berkenaan menggunakan Tiktok dengan nama Harszanjualrumah.
Beberapa videonya terus saja menjadi viral setelah ramai tertanya tanya sama ada suara miliknya itu adalah benar-benar miliknya atau pun sudah ditukar menggunakan filter.
Harini segalanya sudah terungkai, siapakah Harszanjualrumah, dan adakah suaranya itu memang benar tulen.
Nama sebenar wanita ini ialah Nurnazrah Samat yang baru berumur 21 tahun.
Nurnazrah kini bekerja sebagai agen menjual rumah dan juga properties di Kluang , Johor.
Menerusi laporan Harian Metro, Nurnazrah akui dirinya memang benar-benar seorang perempuan dan suara itu memang miliknya.
Dia tidak menggunakan sebarang aplikasi untuk tukar suara, kerana suaranya itu semula jadi bertukar sedemikian sejak remaja.
“Sebelum ini suara saya macam perempuan, tapi bila dah remaja, ia bertukar semakin garau.”
“Saya pun tak ada jawapan mengapa suara saya berubah macam ini.”
“Ada juga pergi ke doktor, tapi bila check tak ada sebarang masalah di peti suara mahupun di bahagian tonsil.”
“Mungkin juga suara saya jadi pecah dan garau kerana suka nyanyi lagu yang bernada tinggi, menjerit yang mungkin memberi kesan kepada suara saya.”
“Tetapi tak apalah asalkan saya ada suara dan boleh bercakap.”
“Saya terima saja pemberian dari Illahi ini.”
Nurnazrah juga berkata dia tak menipu sesiapa. Dia juga pernah cuba nak kepit suara agar jadi lebih wanita namun sudah penat.
“Saya boleh je nak kepit, tapi perlukan tenaga, penat. Jadi saya cakap je lah amcam biasa.”
Tentang keluarganya, ini cerita dari Nazrah.
“Saya dijaga ibu dan ayah sejak umur saya dua tahun. Mereka ambil saya dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.”
“Jadi ibu ayah saya tahu siapa saya dan sebab itu apa saja komen orang saya tak ambil peduli sangat.”
Nurnazrah merupakan anak angkat kepada pasangan Zawiah Hashim, 58 tahun dan Abd Samat Abd Sawab, 60 tahun.
Jelas Nurnazrah lagi, kalau dia bercakap, orang akan pandang dirinya semula sebab suaranya itu.
“Biasanya kalau saya cakap, orang akan kembali toleh dua kali kerana mereka terkejut saya bperempuan bertudung tapi suara sama macam lelaki.”
Nurnazrah juga ada memberi bukti bahawa dirinya seornag perempuan apabila turut menunjukkan bukti kad pengenalan.
“Saya terpaksa tunjuk kad IC saya, kad pengenalan di TikTok sebagai bukti yang saya perempuan.”
“Selain itu ada juga gambar saya masa kecil, yang jelas memang seorang perempuan.”
Walaupun bersuara garau, ada hikmahnya juga apabila kadangkala ianya dapat jadi penyelamat kepadanya.
“Suara ni juga ada kelebihan sebab saya dapat lindungi diri. Contohnya saya menunggang motosikal ketika balik kerja pada waktu malam daripada diganggu lelaki nakal.”
KOMEN IBU NURNAZRAH
Zawiyah turut berada di sisi anaknya itu ketika satu temubual, dan berkata, pada mulanya dia pun tanya anaknya kenapa suara besar macam tu.
Lama kelamaan ibunya pun dah biasa dan tak kisah asalkan dia tahu anaknya itu seorang perempuan tulen.
“Mula-mula macam tak percaya, dan terus tanya dia kenapa suara macam tu, tapi dia kata macam mana mak, ini memang suara adik sekarang ni.”
Sebagai ibu, Zawiyah berkata suara anaknya itu satu keunikan yang tersendiri.
Ini video penuh Nazrah di MHI.
Itulah kisahnya perempuan bernama Nurnazrah yang mempunyai suara unik seumpama lelaki.