“Dia yang record, saya gurau saja” Haqiem Rusli sahkan isteri belum hamil

1,813 views

Semalam ada dua kisah tentang selebriti yang dikatakan bakal menimang cahaya mata. Yang pertama berita tentang isteri kepada pelakon Remy Ishak iaitu Ezza Yusof yang dikatakan sedang hamil kerana dah nampak baby bump.

Kemudian berita kehamilan yang kedua pula ialah melibatkan isteri kepada penyanyi terkenal Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea.

Dari satu video hasil rakaman photographer bernama Aqo Imran, ada menyebut nampak Anis Sofea amat berseri-seri. Kemudian Haqiem Rusli memberitahu bahawa “anak on the way”.

Ayat berkenaan seakan mengesahkan bahawa isterinya Anis Sofea sedang mengandung anak pertama.

Setelah ianya menajdi bualan ramai, akhirnya Haqiem Rusli tampil memberi kenyataan untuk membuat pembetulan.

Haqiem memang tak sangka video itu akan viral dan memberitahu dia hanya bergurau dengan Aqo saja.

Ini hanya salah faham, sebab masa tu saya hanya bergurau saja.” Itu komen dari Haqiem Rusli.

Ramai yang kata saya akan timang anak pertama. Semua itu hanya gurauan antara saya dengan Aqo, dia yang rakam masa tu.

Ini pengesahan dan kenyataan yang baru dari Haqiem Rusli tentang keadaan isterinya.

Buat masa sekarang ini, memang belum ada lagi (isteri belum hamil). Namun kami minta doa anda semua agar kami akan dapat timang anak pertama. Tapi jangan ada salah faham.

Anis Sofea juga menulis satu komen di laman media sosial miliknya.

Saya gembira sebab ramai yang doakan dan excited nak tengok kami ada junior. Kalau ada rezeki, saya akan jadi orang pertama yang beritahu tentang berita gembira ini.

Untuk info, Haqiem Rusli, 24 tahun dan isterinya, Anis Sofea, 20 tahun mendirikan rumah tangga pada bulan November yang lepas di sebuah masjid di Cyberjaya.