Zulin Aziz rasa geli nak tayang gambar mesra dengan suami di laman media sosial

5,366 views

Memang ada jenis pasangan yang sering memaparkan kemesraan antara suami isteri di laman media sosial.

Namun tak semua yang memilih berbuat sedemikian. Ada juga pasangan yang lebih suka menyimpan untuk diri sendiri saja.

Berbicara tentang menayang kemesraan, Zulin Aziz yang baru berkahwin memberitahu, dia pun tidaklah begitu galak untuk papar kebahagiaan secara terbuka.

“Jika nak tayang foto kemesraan bersama suami di media sosial, tak ada sebab. Namun kaalu untuk pemasaran, memang akan buat. Itu saya beritahu awal-awal.”

Baru berkahwin dengan jejaka bernama Farhan, Zulin mengatakan, dia hanya akan tayang apa yang perlu saja, selalunya untuk marketing.

Jika nak tayang moment sweet tu, Zulin akui ada timbul rasa geli.

“Kami ni bukannya yang jenis macam tu. Suami saya memang romantik tetapi dia bukan jenis nak menunjuk kepada orang. Bila nak hal macam tu, memang jadi geli.”

“Biarlah hanya kami berdua yang tahu tentang hubungan kami. Oleh itu hanya tentang kerjaya sajay yang dipaparkan di laman media sosial.”

Sementara itu, Zulin juga akan bertindak mengabaikan dan akan memadam segala komen-komen kurang enak yang ditulis di gambar miliknya.

Ini untuk memastikan agar tak ada isu yang akan timbul di masa akan datang.

“Apa yang saya buat ni untuk elak isu yang boleh timbul kelak. Saay akan pilih untuk apdam komen yang tak sesuai.”

“Saya dah cakap kat suami, tak payah baca sangat komen dari orang lain.”

“Ada yang cakap mengapa nak padam, tapi bagi saya, kita kena jaga media kita.  Memang hak kita jaga platform kita. Tak nak juga nanti ada komen lain yang turut timbul kalau biarkan komen seperti itu merebak.”

Dalam perkembang terkini, Zulin Aziz dan suaminya, Farhan, akan pergi mengerjakan umrah tak lama lagi.