Dipersoal asyik selfie, nak berhijab ke melawa? Lihat jawapan Izara Aishah

7,712 views

Sejak tahun baru, Awal Muharram ini, ramai selebriti wanita tanah air dilihat telah melakukan perubahan memperbaiki diri.

Ada beberapa selebriti yang mula mengenakan tudung menutup aurat dalam usaha untuk mendekatkan diri kepada pencipta sekelian alam.

Antaranya ialah Nana Mahazan, Vicha, Betty Rahmad dan yang terbaru, menantu kepada Datuk Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza iaitu pelakon cantik Izara Aishah.

Izara Aishah telah padam semua fotonya yang menampakkan auratnya dan muatnaik gambarnya mengenakan tudung labuh.

Ini membuatkan ramai para peminta yang teruja dengan penampilan terkini Izara, amat manis apatah lagi dia cuba untuk menutup aurat dengan sempurna, dengan tudung labuh.

Namun, seperti biasa, akan ada yang mula cakap hal-hal yang tak elok juga, antaranya ada yang persoalkan kenapa Izara asyik selfie saja sejak berhijrah.

Memberi jawapan kepada persoalan dari netizen berkenaan, Izara upload sekeping foto menunjukkan sekeping hadith tentang hokum seseorang memakai pakaian kemas dan kelihatan cantik.

Dari caption, Izara mengatakan ianya dibolehkan selagi menggembirakan hati diri sendiri, yang penting dia taklah bersikap tinggi diri atau sombong.

Boleh saja nak ambil gambar cantik-cantik untuk buat diri sendiri ni happy, janji kita janganlah nak action (tinggi diri) pula. Sending love 5 biji.

Di laman Twitter pula, Izara ada menulis, dia bergurau dengan mengatakan mahu memilih untuk tampil berhijab dan disamping itu mahu kelihatan cantik juga.

Nak berhijrah ke nak lawa, saya nak dua-dua. Haha okey jangan serous sangat, hantar 5 love.”

Thanks kepada semua yang beri kata semangat, yang selalu positive dan bersangka baik. Okey sekarang ajar saya macam mana cara nak tutup replies sini boleh tak.

Selain itu Izara juga mengatakan apa yang dibuat ini bukanlah kerana mahu jual tudung.

Jual tudung is not my thing. Maaf ye. Saya lebih prefer buying them. Saya memang idamkan untuk memiliki jenama pakaian sendiri tapi sekarang malas. Perlukan masa. Sekarang ni busy jaga nyawa saya dan juga perniagaan Enya.

Para peminat turut memberi semangat kepada Izara agar jangan dilayan sangat mereka yang suka cakap tak baik padanya.

Apapun, syukur dengan perubahan yang ditampilkan oleh Izara Aishah, sudah tentu ini satu buku baru buat Izara dan keluarga, semua segala urusan dipermudahkan.