Terlalu rindu berlakon, Alya Iman sampai menangis

2,275 views

Sepanjang perintah kawalan pergerakkan ini, antara industry yang tak dapat bergerak dan tak dibenarkan beroperasi ialah industry seni, dunia hiburan.

Penggambaran untuk drama atau filem sememangnya tidak diberi kebanaran dan ini membuatkan semua yang terlibat dengan production telah terjejas.

Sudah terlalu lama tak berlakon, pelakon baru Alya Iman meluah rasa hati, amat rindukan untuk ke set penggambaran.

Pelakon berumur 20 tahun ini, baru saja aktif dalam dunia lakonan, namun dek kerana perintah kawalan pergerakkan, kariernya terhenti buat seketika.

Melalui satu status di laman Instagram miliknya, Alya Iman akui dia amat rindu nak berlakon sampaikan kadangkala dia akan mengalirkan air mata.

Hati saya ni rasa sedih sangat, sebab terlalu rindu nak masuk set penggambaran, entah ingat lagi ke tak ni nak belakon. Kadang-kadang tu saya terdiam tengok dinding, menangis je. Tetapi tak boleh nak menangis lama-lama kerana saya kena cuba dan jadi sepositif yang mungkin. Kena selalu berdoa dan jadi positif. Semua take care ye. Insyaallah kita semua boleh tempuhi semuanya.

Alya Iman ada kongsikan sedikit trailer lakonan terakhirnya sebelum perintah kawalan pergerakkan iaitu drama seram tak seram.

Ni yang paling last Alya jalani penggambaran before lockdown dulu. Ini adalah drama bersiri Seram Tak Seram yang kini ditayangakn setiap hari Khamis 9.30 malam di TV9. Korang jangan lupa tengok okay.

Untuk info Alya Iman meruapakn anak kepada pelakon lagenda tanah air iaitu arwah Azmil Mustapha yang terkenal dengan watak Ali Setan dan filem Mekanik.

Alyan Iman menceburi bidang lakonan pada tahun 2019 menerusi drama bersiri Senafas Rindu lakonan pelakon uatama Shafiq Kyle dan juga Elizabeth Tan. Perjalanan Alyan dalam bidang seni ini tersekat buat sementara kerana ada nya arahan lockdown.