Dira Abu Zahar dikurniakan anugerah, kini bergelar ‘Datuk’

7,447 views

Ada berita terbaru tentang Dira Abu Zahar, yang mana pelakon ini telah sah telah menerima satu kurniaan anugerah dan kini telah bergelar datuk.

Pelakon berumur 36 tahun ini menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk dan ini bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Hal disahkan setelah abang kepada Dira Abu zahar sendiri membuat satu hantaran di laman IG miliknya. Kemudian Dira Abu Zahar berkongsi hal berkenaan di instagram story.

 “Tahniah to my dearly little sister, Dira Abu Zahar for the title. Ini pertam akali dalam sejarah, adik beradik aku dapat gelaran Datuk. Kau memang padulah Dira. Dan yang terpaling penting, ini adalah anugerah sejati dan bukannya Datuk beli ye”.

Di majlis berkenaan Dira Abu Zahar dilihat cantik memakai baju kuring warna biru cari hasil rekaan pereka popular Hatta Dolmat.

Dira Abu Zahar dilihat hadir ke majlis itu bersama suaminya iaitu Syfik Izdzywan Sidek, yang baru dikahwini pada bulan Jun yang lepas.

Ramai kawan-kawan dilihat memberi ucapan tahniah dan berbangga dengan pencapaian yang telah digapai oleh Dira. Ramai yang setuju bahawa Dira memang kuat berjuang apa yang dipercayai dan akan terus berjuang.

Sebelum terjun ke bidang politik, Dira Abu Zahar terkenal sebagai pelakon menerusi beberapa drama seperti Tahajud Cinta dan Dahlia selain banyak filem, antaranya Chow Kit, Kil, Lari, Longkai dan filem terakhir ialah Kimchi untuk awak.

Dira kini aktif di dalam dunia politik mengikut jejak langkah arwah bapanya, Datuk Seri Abu Zahar yang juga bekas Ketua Menteri Melaka.

Selain aktif dalam bidang politik sebagai ahli majlis tertinggi, Dira amat aktif dengan aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Menerusi satu tembual dulu, Dira pernah berkata dia dah tak lagi berlakon dan hanya aktif berpolitik dan juga berniaga sahaja.