“Doktor sahkan paru-paru rosak 75 peratus” Fazli Zainal

8,822 views

Penyanyi Fazli Zainal antara mereka yang dijangkiti virus Covid. Kini sudah hampir 20 hari Fazli Zainal menerima rawatan di Hospital Ampang.

Dalam perkembangan terbaru, melalui satu ujian imbasan CT scan, doktor mengesahkan bahawa lebih kurang 75 peratus paru-paru Fazli Zainal telah rosak.

Penanyi berumur 43 tahun ini memang terkejut mendengar maklumat yang disampai oleh doktor itu.

Paru-paru saya rosak teruk akibat Covid. Kerana itu, saya masih ada batuk-batuk dan susah nak bernafas. Malahan kalau bercakap pun saya akan mudah mengah.

Sungguhpun kesihatan semakin pulih, namun saya masih belum dapat bernafas dengan baik dan perlukan bantuan oksigen.

Cubaan Fazli Zainal untuk tidak menggunakan bantuan oksigen memang begitu jelas. Ada sekali, dia mahu ke tandas tanpa bantuan oksigen, dengan tiba-tiba, bacaan oksigen terus jatuh menjunam sehingga 55 peratus.

Selain itu, Fazli berkata dia sepatutnya menerima suntikan vaksin pada tarikh 23 Julai, namun sudah ditakdirkan, dia disahkan positif, terkena jangkitan sebelum tarikh berkenaan.

Awalnya ketika di stage satu dan dua, saya kuarantin diri di rumah lebih kurang satu minggu. Kemudian, saya masuk Hospital Ampang pada 31 Julai sebab oksigen turun ke level 75 peratus.

Kini dah 20 hari saya dirawat, memang tak sangka. Apapun terima kasih kepada family, kawan-kawan dan rakan artis serta semua yang doakan saya.

Memang setiap hari, ramai yang tanya khabar dan doakan saya, ini beri saya semangat untuk sembuh.

Apa yang dialuinya ketika ini membuatkan Fazli Zainal terfikir tentang akhirat, dan terfikir mampukah dia jawab soalan malaikat di kubur.

Sekarang ini saya memang cepatkan solat lebih awal. Sebab, saya taak tahu bila nyawa akan ditarik. Bila dah masuk waktu, saya terus sembahyang, tak tangguh lagi dah.

Fazli Zainal berkata kemungkinan paling awal dia boleh keluar adalah dalam tempoh satu minggu, namun ianya bergantung kepada tahap kesihatannya.