Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

3,732 views

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau di unit ICU Hospital Ampang Puteri. 

Malahan, Nad Zainal telah ditidurkan setelah menjalani proses mengeluarkan pendarahan di bahagian paru-parunya. 

Nad Zainal yang sukar untuk bernafas juga telah menjalani procedure intubasi untuk membantunya bernafas. 

Bekas suami kepada Nad Zainal iaitu Faliq Amiruddin juga ada ditanya tentang keadaan bekas isterinay itu. 

Melalui laporan portal Gempak, Faliq akui ada bertemu dengan Nad beberapa hari yang lalu. 

Faliq ada bertemu dengan Nad di rumah dan keadaan ketika itu Nad memang lemah dan memberitahu mungkin dia kena gastrik. 

“Saya ada diberitahu bahawa ketika ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya untuk perbaiki proses pernafasan dia. Sekarang memang saya ada pergi melawat dia di hospital.”  

“Sebelum ini saya sempat jumpa dengan Nad, sebelum dia dikejarkan ke hospital, masa tu di rumahnya. Memang ketika itu saya tengok dia dalam keadaan lemah dah.” 

“Masa mulanya saya tak tahu dia sakit apa kerana dia cakap ada gastrik saja dan dah pun pergi dapatkan rawatan kat klinik. Waktu itulah yang saya datang melawat. Malam itu juga dikejarkan ke hospital menaiki ambulan.” 

Dalam pada itu, Faliq juga ada update tentang kedua anak mereka. 

Anak-anak mereka iaitu Ibrahim dan Khalsom sedang dijaga oleh pembantu peribadi Nad. 

Jelas Faliq, anak sulung mereka iaitu Ibrahim yang dipanggil dengan nama Yem dilihat faham apa yang terjadi, apatah lagi dia ternampak Nad Zainal naik ambulan.  

“Keadaan anak-anak semua okay, buat masa ini dibawah jagaan penjaga. Saya ada pergi melawat Yem dan Som. Walaupun kami dah tak duduk serumah namun saya tetap akan pastikan mereka dalam keadaan baik.” 

“Mereka tak berapa faham sangat, cumanya Yem ada dapat rasakan kerana dia nampak mak dia masuk ambulans.” 

Faliq doakan Nad Zainal

Itulah komen dari bekas suami Nad Zainal iaitu Faliq.