Dr Amalina Bakri selamat timang anak perempuan, terus tayang wajah baby

1,758 views

Nama Amalina Bakri memang tak asing lagi di Malaysia. Sejak bergelar pelajar cemerlang SPM pada tahun 2004. 

Mendapat 17A dalam SPM, Amalina meneruskan kecemrlangan dalam bidang pendidikan apabila memilih bidang perubatan dan kini telah pun bergelar doktor, Dr Amalina. 

Ketika ini, Amalina sedang berkhidmat sebagai doktor dalam bidang pembedahan di London, UK. 

Dalam perkembangan terkini di tahun 2022 ini, Dr Amalina kini mengesahkan dirinya telah pun selamat melahirkan anak sulungnya. 

Tidak memberikan tarikh yang tepat, Dr Amalina mengatakan dia melahirkan baby girl di minggu pertama bulan Oktober yang lalu, pada minggu lepas. 

Berita berkenaan diumumkan menerusi satu entry di laman Instagram miliknya petang tadi, 18 Oktober 2022. 

Dr Amalina dan suaminya, Alexander Charles yang lebih mesra disapa dengan nama Alex, telah memilih nama yang cukup sedap buat puteri sulung mereka itu, iaitu Arabella Mia. 

“Saya dan suami nak memperkenalkan anak puteri kami yang amat cantik, namanya Arabella Mia, yang telah pun selamat dilahirkan pada minggu lepas di Hospital St Thomas.” 

“Kami amat kagum dengan anak ini dan sentiasa menghargai setiap detik dengan baby kami ini. Kami amat teruja untuk menantikan apa yang bakal menjelma di masa akan datang, syukur alhamdulillah.” 

Berserta dengan pengumuman berkenaan, Dr Amalina turut tayang wajah baby tersebut. Dr Amalina dilihat sedang mendukung baby bernama Arabella Mia itu sambil memandang ke luar tingkap. Wajah Arabella Mia jelas kelihatan, memang amat cute. 

Beberapa selebriti tanah air turut memberi ucapan tahniah kepadanya termasuklah Mira Filzah, Daphne Iking dan juga usahawan Vivvy Yusuf.  

Sebelum ini, pada tahun 2021, bulan Mac, Dr Amalina telah bernikah dengan jejaka dari England bernama Alexander Charles di sebuh masjid di London.  

Tahniah buat Dr Amalina, tak sabar nak tengok lagi banyak gambar baby Arabella Mia.