Dua figura yang cukup terkenal disatukan dalam satu video, yang pertama ahli perniagaan viral iaitu Datuk Seri Vida yang telah bertemu dengan pelakon jelita, Datin Seri Maria Farida.
Dato Seri Vida lahir pada tahun 1971 dan kini berumur 50 tahun, manakala Datin Seri Maria Farida lahir pada tahun 1969 dan sudah berumur 53 tahun.
Video berkenaan telah memaparkan kedua mereka sedang menari sambil tayang rantai emas yang amat mewah nilainya.
Dari video yang viral itu, ramai mengatakan bahawa jelas sekali Mari Farida ni nampak lebih muda berbanding dengan Vida.
Walau pun dah mempunyai cucu, Maria Farida ni dilihat awet muda yang teramat sangat, malah semasa bersama DS Vida, ada yang melabel macam adik kepada ahli perniagaan berkenaan.
Ada juga yang berkata, mata mereka lebih tertumpu kepada Maria Farida berbanding dengan perhiasa emas yang dipakai dan sedang dipromosikan itu.
“Maria Farida ni dia masa muda sampailah sekarang ni dah berumur tetap lawa cantik jelita, memang idola betul.”
“Jelas memang cantik. DSV langsung tak leh nak lawan kecantikan Maria Farida. Kalau tanpa makeup pun confirm tetap cantik.”
“Maria Farida tua dua tiga tahun dara DSV tetpi nampak macam kakak adik versi awet muda. Macam baru 30an atau awal 40an umurnya.”
Memang ramai yang memuji kejelitaan Datin Seri Maria Farida ni. Dalam pada itu ada juag yang tetao memuji Datuk Seri Vida, ada kata dah nampak lebih langsing sedikit dari sebelum ini.
Mengimbas kembali kenyataan Maria Farida, pelakon ini pernah memberitahu dia memiliki kecantikka dari genetik saja dan tidak ada pergi buat rawatan seperti pembedahan atau cucuk-cuk untuk kekal cantik, apatah lagi dia akui memang takut dengan jarum.