Driver Bus Tinggal Penumpang Tepi Jalan, Kena Jalan 2Km Pukul 5 Pagi

3,149 views

Seorang penumpang bus ekspress yang dikenali sebagai Arif menceritakan kisah menaiki bus bersama isteri serta adiknya.Perjalanan mereka dari Kuala Terengganu ke Segamat, Johor pukul 10.15 malam Ahad lepas.

Menurutnya lagi, lebih kurang pukul 5 pagi bas ekspress yang dinaiki oleh mereka secara tiba-tiba telah berhenti di bahu jalan dan menyuruh semua penumpang ke destinasi segamat untuk turun disitu.

Arif yang rasa tak berpuaas hati telah bertanya kepada pemandu bus kenapa dia melakukan hal demikian namun jawapannya adalah dia hanya mengikut pemandu-pemandu bus yang terdahulu sebelum ni.

Dia juga turut bertanya apa yang akan terjadi jika ada penumpang bus tersebut mempunyai penumpang wanita yang sarat mengandung  warga emas. Tetapi pemandu bus tersebut hanya bertindak diam saje seribu bahasa dan hanya mengucapkan mohon maaf saje.

Malas untuk bertekak dan melayan karenah pemandu bus tersebut, Arif, isterinya dan adiknya akur dan terus turun dari bus tersebut dan bus itu langsung terus ke destinasi seterusnya ke Johor Baharu, Johor.

Lelaki ini memang langsung tak berpuaas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pemandu tersebut telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya dan meluahkan rasa maraah.

Status Facebook yang telah viral di laman sosial itu telah mendapat perhatian ramai. Rata-rata netizen telah tak setuju dengan tindakan driver bus ekspress tersebut.

Posting itu berkenaan telah jadi viral di laman sosial, yg mana rata-rata netizen turut mengeecam tindakan pemandu bas tersebut.

Pada waktu itu, dia meminta isteri dan adiknya menunngu di tepi jalan itu sementara ke terminal bus di segamat untuk megambil kereta yang di parkirnya. Jelasnya lagi dia telah kena jalan lebih kurang 2km jauhnya untuk ke kereta miliknya.

Sepanjang perjalanan dia memang tak henti merungut seba dah geram sangat dan berasa amat penat serta berpeluh-peluh. Turut menyatakan bahawa kemungkinan berdepan dengan pelbagai risiko di r0mpak atau di langgar kereta lain kerana ianya pada pukul 5 pagi.

Turut berkata bahawa tindakan pemandu bus itu secara langsung tidak logik serta membuta tuli menurunkan semua penumpang bus ke segamat di bahu jalan seperti ianya bus loceng.

Dia juga turut membuat aduan kepada pihak bus ekspress yang bertanggungjawab atas insiden tersebut.