Keluarga pernah warning Mark Adam tentang isterinya

3,937 views

Selebriti yang sedang mengecapi populariti, Mark Adam akui bahawa isterinya, Norazah Redzuan amat disayangi oleh keluarganya di negara Philippines. Ini termasuklah mendiang ayah Mark Adam sendiri yang pernah beri ingatan agar Mark jgn sesekali nak guris perasaan wanita berkenaan.

Mark Adam memberitahu lagi, keluarganya di Cebu, Philippines memang rapat dengan Norazah, dan sentiasa ternanti-nanti jika mereka pulang ke kampong halaman di negara berkenaan.

Ini pendedahan dari Mark: “Mendiang ayah saya pernah bagi saya amaaran, jangan sesekali panggil dirinya sebagai bapa/ayah jika saya telah lukakan hati isteri saya. Sebenarnya, smua ahli keluarga sy mmg amat rapat dengan Norazah”

Jelas penyanyi ini, walau mereka berbeza agama dan budaya, akan tetapi mereka tetap begitu serasi bersama. Norazah pula memang pandai ambil hati, malah isteri Mark itu sentiasa buat macam-macam dan apa saja untuk beri kebahagiaan kepada ibu dan mendiang ayah Mark Adam.

Penyanyi yang popular dengan lagu catchy seperti Marry Me, Si Katak dan Hanya Dirimu itu berkata, baru-baru ini, kisah dia telah bagi hadiah rumah untuk ibunya di Philippine sebenarnya adalah idea yg dihadirkan oleh isterinya.

Norazah dah pun mula buat research untuk cari rumah di Cebu menerusi internet, sejak tahun lepas lagi, malah dia amat yakin ibu Mark mesti akan menyukai rumah yang dipilih olehnya.

Ini komen Mark Adam: “Memang dah jadi impian sy utk bg hadiahkan ibu sy satu rumah yg amat selesa, apatah lagi, untuk pengetahuan kami pernah hidup agak susaah. Bila isteri sy jumpa rumah yg sesuai, kami pun telah tunjuk kat ibu saya untuk nak tahu pendapatnya.

“Tersentuh hati apabila ibu bagi tahu, dia tak mampu nak beli rumah itu. Lalu, bila sy bawa ibu ke rumah seperti rakaman yang dimuat naik di Instagram, baru-baru ini, ibu kelihatan terpinga-pinga dan ibu mmg amat terkejut dan sama sekali tak sangka, kami akan berusaha kuat utk realisasikan impiannya dapat rumah itu”

Kalau korang nak tahu, ada satu video viral, yang mana Mark Adam dan isteri telah bawa ibunya dengan mata tertutup ke rumah baru yang tidak jauh dari kediaman lama mereka.

Reaksi ibu Mark Adam yang kebingungan dan terpinga-pinga apabila penutup matanya telah dibuka membuat ramai yang rasa sebak dan sayu.

Ramai yang puji dan suka dengan sikap Mark Adam dan juga isteri yang sentiasa nak bahagiakan keluarganya di Philippines.

Untuk pengetahuan, pasangan Mark Adam dan Norazah telah bernikah dan mendirikan rumah tangga pada tahun 2003.