Tak dapat beza pedal minyak dan brek, Sharifah Sakinah 4 tahun tak pandu kereta

2,340 views

Siapa yang tak kenal dengan selebriti yang mempunyai perangai happy go lucky iaitu Sharifah Sakinah. Kalau korang ikuti perkembangan dia, sudah tentu kalian tahu yg sebelum ni Sharifah Sakinah ada buat pengakuan bhw dia sebenarnya ada mempunyai disleksia tahap ringan.

Malah Sharifak Sakinah mengatakan dia ada juga hidapi Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) atau pun dalam Bahasa Melayunya gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

Dek kerana gangguan yg di alaminya itu, Sharifah Sakinah buat satu lagi pengakuan yang mana dia kini dah empat tahun tak pandu kereta.

Katanya dia memang dah tak memandu kereta malah akan rasa takut untuk pandu terutama dalam jarak jauh. Ini tentulah berkaitan yang mana dia tak dapat nak bezakan antara kiri dan kanan.

Dek kerana itu, sehingga kini Sharifah Sakinah memang rasa sedikit nervous dan gementar untuk pandu kereta kerana org yang ada disleksia memang agak keliru dan tak tahu kiri kanan. Katanya, Kinah juga keliru serta tidak tahu mana satu pedal minyak dan pedal brek. Itu boleh sebabkan dia takut jika silap tekan pedal, jadi agak bahaayaa.

Sementara itu, pelakon ini turut memberi pandangan kepada mereka diluar sana yang ada masalah yg sama sepertinya agar cepat-cepat jumpa dengan doctor, agar dapat atasi masalah berkenaan dan tidak mendiamkan diri sahaja.

Sebelum ini juga, Sharifah Sakinah ada menyatakan dia mula dapat penyakiit berkenaan mula lepas dia telah tamat persekolah nya.

Tambah nya lagi, Sharifah Sakinah memang ada kesulitan untuk focus serta berikan tumpuan dan sukar untuknya jika nak buat tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang, kalau lama-lama dia akan mula hilang fokus. Gitulah ceritanya.

Share this on...