DS Vida, Iqbal nikah bulan 12, hantaran RM100ribu?

24,712 views

Semalam ada satu sesi live oleh ahli perniagaan, Dato Seri Vida berkaitan dengan kisah sensainya dengan bekas pembantu peribadi bernama Ahmad Iqbal.

Mulanya Dato Seri Vida telah berniaga barang-barang perniagaannya seperti minyak wangi dan juga Quran, kemudian dah masuk pula bab peribadinya.

Antara yang dibincangkan ialah tarikh pernikahan antara Dato Seri Vida dan juga Iqbal.

Apabila di tanya bilakah tarikh perkahwinan yang dirancang, Iqbal sendiri menulis komen dan komen berkenaan telah di pinned. Ini tulis Iqbal: “Bulan 12.”

Ianya kemudian menerima respon yang baik dari para peminatnya yang turut memberi cadangan tarikh dengan nombor yang menarik seperti 12/12, dan juga 21/12/21.

Selain itu, rakannya Dato Seri Aliff Syukri turut masuk ke sesi live berkenaan dan bertanya berapakah hantaran dari Iqbal.

Berapa hantaran cepat cakap, dapat pakej, semua dapat kat DS Vida. Cantik, gebu. Dapat minyak wangi, tokey emas, untunglah Iqbal.

Kemudian Dato Seri Vida menjawab kembali: “Ha tanya netizen, berapa nak letak hantaran. Ha RM100 ribu dia cakap.”

Aliff Syukri juga ada berkata tentang tarikh pernikahan DS Vida: “Bagi saya jangan tunggu lama-lama buat ramai tertunggu, kalau lambat, nanti susah nak pregnant macam mana.

Dato Seri Vida tidak bercakap lebih lanjut tentang hal ini namun berterima kasih dengan komen-komen yang telah mendoakan dirinya dan juga Iqbal.

Banyak yang dah ucap tahniah secara advance, terima kasih sangat dan hanya Tuhan yang dengar dan makbulkan semua doa itu, ya kita nak kaya dunia dan juga di akhirat.

Syukur Alhamdulillah, di dunia ini doa amat penting. Ikhlas daripada hati semua orang, dan ada yang cakap mahu Datuk dapat anak kembar, walaupun saya rasa ianya macam mustahil. Tapi kalau Allah kata kun insyaAllah akan jadi.

Dalam sesi live itu Datuk Seri Aliff Syukri turut menawarkan diri nak jadi ketua rombongan bagi pihak Datuk Seri Vida ketika rombongan Iqbal tiba.