Erra Fazira puji style rambut pendek Dato Awie

8,245 views

Gaya dan juga fesyen rambut terbaru Dato Awie telah mendapat perhatian ramai. Kini Awie tampil dengan rambut pendek, yang dilihat amat kemas dan sungguh bergaya.

Memang ramai rakan artis yang hadir memberi komen di gambar-gambar yang dimuatnaik di laman Instagram milik Dato Awie.

Namun yang paling mencuri perhatian adlaah pujian dari penyanyi dan pelakon Erra Fazira.

Erra Fazira telah menulis komen memuji penampilan terbaru Dato Awie selain memberi beberapa emoji tanda suka.

Cenggini.” Tulis Erra dan ianya turut disertakan dengan emoji tanda bagus.

Melihat komen dari Erra Fazira itu, ramai netizen mula mengenang kembali kisah lakonan antara kedua merka yang berganding dalam filem Sembilu di zaman kegemilangan.

Apakah agaknya perasaan Wati (lakonan Erra) lepas tengok perubahan Awie.” Itu antara komen dari netizen.

Ada juga peminat yang menulis, hubungan sebagai rakan antara Erra dan Awie patut menjadi contoh kepada artis lain.

Terima kasih kepada Erra sebab jadi rakan yang sangat baik kepada Dato Awie. Kamu ni memang satu hadiah yang hebat. Selalu beri sokongan kepadanya. We love you.” Tulis peminat Awie.

Dikatakan Dato Awie telah memilih rambut pendek ketika ada nya perintah kawalan pergerakkan. Ada beberapa sebab Awie berbuat sedemikian. Ini komen dari Awie.

Saya rasa macam tidak berbaloilah untuk bela rambut panjang ketika musim pandemic ini. Tapi jiwa saya tetap rock.”

Sebenarnya, saya baru selesai buat operation pada 29 Julai lepas. Tiga hari saya terlantar di hospital. Selepas dibenarkan balik, saya berehat di rumah selama tiga minggu. Saya hanya di rumah dan tak mahu menempuh pelbagai risiko.

Habis operation dan apabila semakin sembuh, saya lihat rambut saya jadi senang gugur. Gugur banyak daripada biasa. Sebab itu saya potong rambut pendek dan saya fikir, tidak mengapa saya potong pendek apatah lagi sekarang ni tak ada show persembahan kerana PKP.”