Sebelum ini ada kata Aaisyah asyik solek saja, nah ni video Aaisyah lancar baca surah

4,436 views

Zain Saidin dan Rozita Che Wan mempunyai seorang anak perempuan yang amat comel dan dikenali ramai iaitu Aaisyah Dhia Rana.

Dilahirkan pada 1 November tahun 2014, kini umur Aaisyah dah pun masuk 6 tahun lebih. Dah semakin membesar dah Aaisyah.

Kalau di lihat di laman Instagram, Aaisyah ni memang amat popular, dah ada 1.6 juta follower.

Menerusi satu video terkini, pada hari Jumaat lepas, di laman IG Aaisyah, ada satu video di muatnaik yang memperlihatkan rakaman Aaisyah sedang membaca Quran.

Aaisyah memakai telekung merah dan sedang khusyuk membaca Quran disamping alunan bacaan yang dibuka di latarbelakang.

Ini video berkenaan.

Video tersebut telah menerima tontonan sebanyak lebih dari 125 ribu views. Rata-rata para peminatnya memuji kepandaian Aaisyah Dhia Rana membaca surah di umur yang masih kecil.

Ramai juga yang memuji Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang pandai mendidik anak kecil itu. Ini antara komen yang di tulis oleh netizen.

Subahanallah. Ni perut auntie pula yang rasa sejuk sebab lihat kamu lancar baca surah. Tahniah buat Che Ta sebab dah didik Aishah dengan baik, ni balance dunia akhirat.

Comel, cerdik betul si Aaisyah ni. Semoga dia akan menjadi anak yang solehah, amin.

Love Aaisyah, dari kecil sampailah sekarang dah besar sikit, memang love Aaisyah, semua dia pandai.

Sebelum ini, ada pihak yang sering pertikai cara didikan kepada Aaisyah kerana terlalu minat dengan solekan saja. Ada juga pertikai Aaisyah ni lebih kepada duniawi saja. Namun dengan video ini, ternyata Che Ta dan Zain sentiasa seimbangkan pelajaran dunia dan akhirat buat budak comel ini.

Aaisyah Dhia Rana juga selalu diupuji kerana dia sememangnya fasih bercakap dalam Bahasa Malaysia dan juga English.