DS Vida kata Cik B tak berapa okey, ini nasihat dari Aliff Syukri kepada Cik B

11,705 views

Kisah tentang Dato Seri Vida mahu menamatkan zaman single dengan pemuda bernama Ahmad Iqbal dah banyak dipaparkan di portal dan juga media-media.

Cerita antara mereka berdua ini khabarnya semakin serius dan menerusi satu video terbaru semalam, Iqbal memberi signal mereka berdua akan berkahwin pada hujung tahun ini iaitu sekitar bulan Disember tahun 2021.

Ramai yang memang tak sabar nak tahu kisah selanjutnya antara kedua-dua personality yang amat terkenal ini namun ramai juga yang tertanya-tanya apa pula perasaan anak-anak Dato Seri Vida.

Persoalan ini turut diajukan oleh Datuk Seri Aliff Syukri kepada Dato Seri Vida semalam ketika sesi live. “Cik B macam mana, okey tak?

Cik B tak berapa okey lagi, kena perlahan-perlahan.” Jawab Dato Seri Vida di atas pertanyaan Aliff Syukri.

Aliff Syukri kemudian berkata dia berdoa agar Cik B akan dapat menerima kehadiran suami baru DS Vida kelak.

Yeke, adatlah. Takpelah. Apa orang kata, kan DS Vida dah lama single. DS Vida pun manjakan dia. Kalau ada suami baru, nanti dia rasa kurang kasih sayang pulak.

Harap-harap Cik B dapatlah menerimanya. Cik B pun dah besar dah matang. Macam saya pun dengan parents dulu ada history yang sama. Satu hari nanti pun dia akan kahwin.

Mungkin dia akan rasa tergugat. Tapi dia kena accept lah, wife perlukan husband dan husband perlukan wife.

Takpe nanti Dato Seri Vida bawa Cik B jumpa saya. Boleh saya sembang-sembang dengan dia.

Bagi saya lah, majority anak-anak pun memang tak suka kalau parents kahwin lain. Kalau boleh dia nak, bapa kahwin dengan mak semula, itu standard.

Dato Aliff Syukri juga ada memberi pendapat bahawa untuk berkahwin lagi, ianya memang keputusan yang sukar untuk seseorang itu lakukan.

For me it’s very hard untuk buat sebarang keputusan. Nampak senang tapi memang susah. Sebenarnya ni saya cakap bukan tentang DS Vida saja. Memang sukar nak cari pasangan hidup yang betul-betul susah dan senang, yang ikhlas dan setia.

Sebelum ini, DS Vida turut upload semula satu entry dari portal hiburan yang bertanya adakah Cik B dah sedia menerima bapa tiri.

Diruangan komen ramai yang memberi pandangan masing-masing tentang Cik B dan kisah Dato Seri Vida dengan Ahmad Iqbal.