DS Vida terkejut tetapi memuji nyanyian Ahmad Iqbal “Sedap, melayang dibuatnya”

6,074 views

Ahli perniagaan Datuk Seri Vida kini menjadi Presiden Netizen di rancnagan hiburan Big Stage musim 2022.

Malam tadi, merupakan malam pembukaan dan Vida memang terkejut setelah diumumkan bahawa Iqbal Zulkifli dipilih menjadi peserta ke 12 untuk Big Stage musim keempat itu.

Walaupun terkejut, Vida berkata dia amat professional dan akui nyanyian Iqbal agak baik.

“Sebenarnya memang saya tidak sangka, terkejut. Tapi bagi saya memang sedaplah. Saya lihat memang berbeza kalau nak dibandingkan semasa dia menyanyi dulu dengan sekarang.”

Vida juga akui, dia memang memberikan markah yang agak tinggi kepada Ahmad Iqbal.

“Saya bagi markah yang banyak. Bukan sebab saya ada apa-apa. Kalau nak ikutkan, jika kami ada isu, dah tentu akan bagi markah yang sikit kan.”

“Tetapi saya ni seorang yang professional, dan untuk telinga saya, nyanyian Iqbal tu sedap didengar. Saya rasa dia pun adalah nilai nyanyian dia. Improve agak banyak, sedap didengari dan sampai melayang penonton di rumah, itu yang asaya rasa.”

“Berkenaan tempo semua tu, saya rasa ada isu tu. Tapi yang penting tak lah mengecewakan, tidak kelaut suara. Sedap dengarlah. Tidaklah tempo nya off terus.”

Selain itu, Vida juga berkata dia berharap semua penonton dapat menerimanya sebagai juri dikenali sebagai Presiden Netizen.

“Saya terkejut juga sebab dapat tanggungjawab dan diberi kepercayaan. Namun begitu, bila jadi Presiden Netizen, saya pun kena jadi balance.”

“Harapnya semua boleh terima saya dalam Big Stage 2022 dan saya mahu beri yang terbaik. Saya kini mewakili suara netizen di luar sana.”

Itulah komen dari Datuk Seri Vida tentang persembahan dari Ahmad Iqbal di minggu pertama, minggu pembukaan ini. Kepada yang minat, jangan lupa tonton minggu depan pula.