Bekas pengacara rancangan Jalan-jalan Cari Makan iaitu Maria Tunku Sabri, sebelum ini sering muatnaik video masakan di laman Instagram miliknya.
Telatah Maria Tunku Sabri seringkali menghiburkan para peminat yang merindui celotehnya.
Namun sejak kebelakangan ini, Maria Tunku Sabri sudah tidak lagi muatnaik video memasak, sekaligus menimbulkan tanda tanya para peminatnya, apa yang berlaku.
Rupanya Maria Tunku Sabri mempunyai isu kesihatan akhir-akhir ini. Semuanya bermula setelah Maria disahkan positif Covid kira-kira tiga bulan yang lalu.
Jelas Maria, memang begitu banyak kesan serta perubahan yang dialami olehnya sejak terkena virus berkenaan pada bulan Oktober.
Antaranya ialah dia menjadi mudah penat dan letih, selalu kena semput dan juga menjadi seorang yang pelupa.
Selain itu, Maria juga sudah kehilangan berat badan sebanyak 7 kilogram. Ini komennya.
“Begitu banyak perubahan yang berlaku pada diri saya disebabkan Covid. Walaupun saya dah sembuh, sekarang saya jadi penat dan kena semput.”
Kini Maria juga sudah tak mampu nak mengemas rumahnya sendiri.
“Memang saya mempunyai pembantu rumah, tetapi sebenarnya saya lebih selesa buat kerja rumah sendiri.”
“Kesan selepas kena Covid, saya benar-benar terasa. Kalau dulu saya boleh mencuci dan mengemas rumah tiga tingkat ini, sekarang saya kena berehat seketika sebab dah jadi terlalu letih.”
“Kemudian, saya juga jadi mudah lupa. Kerana itu juga sekarang saya memang dah jarang nak upload video masakan sebab banyak benda tergendala. Contohnya, bila saya dah buka peti sejuk, tetapi terlupa barang yang nak diambil.”
Maria turut akui, dia kini mudah kena semput. Oleh itu dia akan standby dengan inhaler untuk asma, kerana khuathir akan terkena semput.
Jelasnya, dia sudahpun buat pemeriksaan kesihatan di IJN.
“Saya ada buat ujian kesihatan di IJN. Mereka kata ada sedikit titik-titik pada bahagian paru-paru dan mereka menyarankan saya untuk melakukan latihan pernafasan.”
Itulah keadaan terkini Maria Tunku Sabri, semoga kembali sembuh seperti sedia kala.