Hanya dapat 5 markah dari Ajai di minggu pertama, Ahmad Iqbal nak tarik diri

9,015 views

Ahmad Iqbal diumumkan sebagai salah seorang peserta Big Stage untuk musim baru ini. Ketika minggu pertama, Iqbal menyanyikan lagu berjudul Biar Bulan Bicara.

Namun juri tetap iaitu Ajai, dilihat kurang gemar dengan persembahan berkenaan. Ajai turut memberi markah yang amat rendah iaitu 5 point sahaja. Ini sekaligus menyebabkan Iqbal menduduki tangga terakhir apda minggu pertama.

Berbeza dengan juri lain, seperti Siti Nurhaliza yang memberikan markah 25 kepada Iqbal.

Namun bagi Ajai, nyanyian dari Iqbal di minggu pertama itu kurang memuaskan.

“Saya hanya beri dia lima markah sebab dia bukan tone deaf. Kalau dia datang uji bakat mungkin dia tak akan lepas. Ada sesetengah orang tu, dia memang tak boleh menyanyi tetapi ramai orang yang suka. Mungkin dia adalah orang yang begitu.”

Apabila menerima markah yang agak rendah dari Ajai, Ahmad Iqbal dilihat tertanya-tanya apa isunya, kenapa hanya lima markah saja.

Kerana agak terkejut dan kecewa, Iqbal juga ada memaklumkan keinginannya untuk menarik diri walau baru saja minggu pertama.

“Jika saya dapat dua markah pun dah bersyukur saja. Saya memang boleh saja terima. Markah itu saya serah pada juri profesional. Tetapi apabila dapat lima markah tu, saya jadi tertanya, apalah yang buruk sangat sampai markah lima saja. Apa isunya, sampai macam tu.”

“Tak bermaksud saya tak dapat terima, saya okay. Cuma kini saya rasa macam dah tak layak nak berada di sini.”

“Untuk persembahan pada minggu depan saya rasa kena bincang dengan Astro dulu, sebab rasa saya kena tarik diri. Saya rasa untuk tarik diri, untuk tak mahu join lagi.”

“Saya memang serius berkenaan buat lagu semua tu, namun untuk pertandingan pentas ini saya bukan tak serius dan sedar kemampuan diri tahap mana. Tak naklah nanti merosakkan industri. Saya sedar diri sayalah.

“Namun kalau ada peluang lagi, janganlah pandang rendah pada saya. Mana tahu mungkin saya akan belajar banyak perkara lepas ni.”

Ahmad Iqbal turut menjelaskan dia menerima jemputan Astro dua bulan lepas untuk masuk Big Stage, namun telah menolaknya, namun akhirnya masuk juga.

“Saya dijemput Astro dua bulan lepas. Saya tolak berulang kali sampai saya rasa tak boleh dah nak sombong sebab media pun banyak kali dah panggil.”

Tentang kehadiran Datuk Seri Vida, Iqbal akui tak tahu menahu, dan memang ianya sedikit mengganggu.

“Sedikit tu adalah juga yang mengganggu sebab saya memang tak tahu yang dia pun ada di sini, Astro tidak beritahu. Memang banyak kejutan.”

“Semua orang dah surprised apatah lagi saya yang ada atas pentas ni. Saya harap semua tak judge saya kerana saya pun bukan beriya nak join. Tetapi saya buat yang terbaik.”