Dugaan, Syatilla Melvin disahkan keguguran, takziah

1,892 views

Isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin menerima berita yang agak sayu apabila disahkan telah alami keguguran baru-baru ini.

Nampaknya hasrat pasangan suami isteri ni untuk timang anak ketiga tidak kesampaian.

Syatilla Melvin akui, dia dan Sam agak sedih dengan berita berkenaan namun menerimanya dengan hati terbuka dan tak mahu terus patah semangat.

“Saya redha dengan ketentuannya. Tiada rezeki buat saya dan suami. Semasa doktor beritahu bahawa kandungan saya yang masa tu berusia lapan minggu tidak dapat diselamatkan, Sam terus terdiam sekejap, namun perlahan-lahan baru dia terima dengan hati terbuka.”

“Kalau ikutkan ini kali ketiga saya alami keguguran. Kali pertama, sebelum say amengandungkan Syeriv dan kedua sebelum saya mengandungkan Sarima.”

Ketika mengandung, Syatilla akui dia agak sibuk dalam menguruskan businessnya dan ibunya pernah meluahkan rasa risau melihat Syatilla begitu busy.

“Jujur saya memang macam tak berapa nak bersedia ketika kehamilan ini sebab saya agak sibuk manage business. Apabila Allah berikan rezeki saya hamil dan kami semua sangat teruja. Ibu saya pernah cakap dia bimbang masalah sama berulang lagi iaitu saya boleh alami keguguran dan tak sangka memang hal ini betul-betul terjadi.”

“Mungkin belum sampai rezeki untuk dapat cahaya mata ketiga. Belum tiba masa yang tepat.”

Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam mempunyai dua orang anak iaitu Syeriv Samheizy, yang berumur 4 tahun dan Sarima Samheizy baru masuk setahun umurnya.

Bercerita tentang perklembangan terkininya, Syatilla Melvin kini menyertai program memberi bantuan kepada golongan yang tak mampu di sekita Kuala Lumpur.

Rasa teruja dan seronok memberi bantuan, Syatilla Melvin ada merancang untuk membuat yayasan sendiri menerusi syarikat perniagaannya yang kini sedang berkembang maju.