“Eh awalnya dah mengandung” Isteri Ayie Floor88 kena perli, terima komen sinis

7,317 views

Penyanyi kumpulan Florr88 iaitu Ayie telah mengumumkan satu berita gembira apabila isterinya, Tasha kini disahkan sedang hamil.

Dikatakan Tasha telah hamil bunting pelamin memandangklan mereka baru saja bernikah pada bulan Oktober yang lalu.

Sehingga ada orang di luar sana yang memberi komen sinis dan memerli pasangan ini dengan mengatakan Tasha hamil terlalu awal.

Ada pihak yang mempersoalkan usia kandungan yang sudah masuk 9 minggu, memandangkan tempoh perkahwinan yang baru dibina dua bulan.

Isteri Ayie iaitu Tasha telah memberi respon tentang hal ini.

“Komen eeh awalnya mengandung? Ini semua merupakan rezeki yang telah diberi oleh Allah, saya pun tak sangka secepat ini.”

“Mungkin masa tu saya sedang subur, sebab kami nikah masa saya datang bulan hari kelima. Rezeki yang saya dapat ni tak patut dipertikaikan. Sentiasa bersyukur.”

Dengan tenang Tasha memaklumkan dia tak terasa hati dengan komen-komen netizen yang mempersoalkan kandungannya itu.

“Jujur saya tidak ada ambil hati pun bila terbaca komen macam gitu kerana saya ni dah terbiasa baca komen-komen tak elok seperti itu.”

“Namun, jika ianya dah sampai melibatkan isu keluarga yang agak keterlaluan dan tidak boleh nak dipertimbangkan, barulah saya akan ambil tindakan lanjut.”

Tasha mengatakan buat masa sekarang dia dah maafkan mereka yang menulis komen sedemikian.

“Tak mengapalah, saya maafkan mereka yang tulis macam tu. Hidup ni kena tenang-tenang saja, apabila doa yang tak elok itu takut nanti ianya akan jadi balik pada orang yang tulis tu.”

Ayie dan Tasha mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober yang lepas. Pasangan ini baru saja mengumumkan berita baik itu pada hari Khamis minggu lalu. Mereka berdua kini berasa amat teruja kerana bakal bergelar seorang ibu dan ayah. Tahniah diucapkan semoga dipermudahkan segala urusan.