Video tunjuk dah unfollow, Izreen Azminda naik angin.. “Kau pulak menggelabah”

11,913 views

Beberapa hari lepas kecoh apabila ada satu akaun TikTok menunjukkan video bahawa Instagram Izreen Azminda dan Ude Wahid sudah tak follow aatu unfollow sesama sendiri.

Video berkenaan telah mengundang spekulasi di ruangan komen dan menjadi viral.

Akhirnya tuan punya badan iaitu Izreen Azmina telah pun mengetahui hal ini, dan memberi respon tentang video berkenaan.

Kata Izreen Azminda, dia rasa kurang senang kerana dirinya menjadi bahan content kepada akaun TikTok itu.

Pelakon berumur 36 tahun ini menjelaskan, dia dan suami sebenarnya sudah lama tidak ikuti atau tidak follow akaun media masing-masing. Namun mereka masih bahagia secara realitinya. Ini komen Izreen Azminda.

“Demi secebis content, dah berzaman lamanya kami berdua ni tak follow akaun masing-masing, kenapa ada masalah ke.”

“Kami berdua ni sihat sejahtera saja kat sini. Perlukah kami kena upload gambar bersama setiap lima minit dan baru dikatakan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia.”

Izreen Azmina kecewa sebab, apa yang dilakukan individu itu boleh menyebabkan orang ramai mengata dan memberi komen kurang baik kepada Izreen Azminda dan suami.

“Kamu ni pula yang lebih-lebih sampai post perkara yang dah lalu. Kamu ni sakit ke.”

“Kena ingat ya, upload benda macam gini, yang boleh mengundang komen-komen kurang baik serta menjatuhkan air muka orang lain, boleh didakwa ye.”

“Sekarang semua pun dah ada life masing-masing tapi kamu pula nak menggelabah lebih. Aku lama dah senyap tentang hal macam ni, nak kena ambil tindakan agaknya, siap kamu.”

Tak lama setelah meluahkan rasa hati yang sedang panas, Izreen Azminda mendedahkan bahawa akaun berkenaan telah delete dan telah deactivate.

“Kenapa dah padam, ingat beranilah sangat, bukan main hebat sebelum ini. Lepas ini kalau ada akaun lain buat begini, aku buat diam-diam saja tapi tiba-tiba akan sampai surat saman.”

Itulah respon dari Izreen Azminda kepada video tersebut, yang kononnya seperti mahu timbulkan spekulasi Izreen dan Ude Wahid sudah unfollow akaun media masing-masing. Jika mahu menonton video berkenaan boleh tonton di Instagram Izreen Azminda, dia ada upload di situ.